Title: Gerakan Anti-Fasis
Subtitle: Sekali fasis mula berpijak di sesuatu kawasan, mereka akan menaikkan api kekejaman supaya musuh mereka (termasuk anarkis) tumpas.
Author: Bidas
Language: Bahasa Melayu
Publication: Risalah Bidas
Date: 27/10/2014
b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-1.jpg

Ia bermula dengan cara yang sama. Risalah dan pelekat perkauman terpapar di dinding perumahan atau diedar ke rumah-rumah. Laporan serangan dan gertakan terhadap kaum minoriti di berita. Cerita mengenai golongan rasis melepak di kawasan pusat membeli-belah timbul. Serangan terhadap homoseksual meningkat. Hip-hopper, punk dan anti-rasis skinhead bertembung dengan Nazi di jalanan. Malaun mengarut memulakan kempen anti-imigran. Kontroversi mengenai isu ketuanan kaum meletus dan kumpulan seperti Perkasa dan Nazi berarak untuk mengapi-apikan ketegangan. Kemudian ia menjadi makin parah. Kumpulan ketuanan Melayu memberi ceramah, membuat konsert, rasis menjadi orang penting di parlimen, bonehead menyerang konsert punk, bergaduh dan menyerang pusat-pusat sayap kiri, mereka menjadi dominan dalam kumpulan belia dan di jalanan. Ketegangan memuncak…tiba masanya untuk bertindak.

Golongan liberal dan pihak berkuasa menyarankan anda untuk mengabaikan fasis dan mereka akan hilang, ataupun pihak polis akan bertindak. Lancau. Mengabaikan sesuatu masalah adalah bukan penyelesaian, dan kebiasaanya pihak polis menyebelahi fasis dan mereka suka dengan kewujudan fasis kerana fasis akan menangani golongan radikal untuk mereka. Tetapi jika fasis didedah dan ditentang dengan idea dan tangan, usaha mereka akan lemah dan mereka akan tewas.


Kaedah-Kaedah: Kenali Musuh Anda

Ada yang berpendapat fasis adalah kumpulan yang tidak penting dan idea mereka tidak akan diterima. Cuba fikir balik. Gerakan neo-fasis mempunyai nafas baru dan kembali kuat di serata dunia. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, mereka memperoleh banyak kerusi ketika pilihanraya dan memenangi banyak bandar di Eropah., mengapi-apikan penghapusan etnik (Timur Eropah), membelanjakan jutaan dollar untuk muzik white power dan empayar merch sebagai dana untuk gerakan mereka (A.S) dan terlibat dalam kegiatan terrorisme di serata dunia. Dan ini belum dikira aktiviti kecilan mereka di akar umbi seperti gerakan kecilan setempat, penyebaran propaganda dan serangan fizikal.

Secara realitinya gerakan sayap kanan dan neo-Nazi telah pun berakar.* Gerakan ini agak berlainan, bersifat kontradiks dan mempunyai puak yang bersaing: legal lwn illegal, organisasi besar lwn sel tanpa ketua, alim lwn sekular, Kristian lwn Satanis, ketuanan kaum lwn nasionalis, smart lwn skinhead. Ada diantara mereka merupakan krew tanpa organisasi yang hanya melepak dan kadang-kadang menyerang target-target lemah. Ada juga antara mereka yang mempunyai organisasi kuat dan serius untuk mengubah masyarakat dan menggunakan sel rahsia atau kumpulan hadapan untuk mencapai cita-cita mereka. Ada juga rasis secara terbuka dan menyarankan kaumnya untuk bergerak, manakala ada di antara mereka yang menyembunyikan motif mereka dibelakang perkataan “warisan budaya” dan menyatakan mereka bertindak atas dasar semangat dan perasaan cinta terhadap “orang mereka.” Antara sokongan yang mereka perolehi adalah daripada ahli politik, polis, pakar akademik, askar dan mungkin juga daripada jiran anda. Ada dikalangan penyokong mereka berahsia, lebih gemar untuk tidak dikenali, tetapi menyalurkan informasi, wang dan bantuan lain seperti senjata api dan senjata lain.

*Di dalam artikel ini, terma “fasis” biasanya digunakan terhadap gerakan ketuanan kaum jenis neo-Nazi. Realitinya, fasisme lebih rumit. Walaupun banyak definasi yang wujud, sifat utama fasisme adalah authoritarianisme, nasionalisme, taksub terhadap kekerasan dan penindasan terhadap wanita. Walaupun pihak kerajaan mempunyai karekter-karekter tersebut, perbezaan utama di sini adalah mengenai penekanan fasis terhadap gerakan autonomi dan aksi popular di luar undang-undang negara, terutamanya agenda mereka untuk menggantikan kerajaan. Penekanan terhadap identiti kaum, idea ketuanan, berbicara soal warisan dan personaliti kultus adalah kebiasaan, tetapi ianya bukan kewajipan. Antara fasis lain adalah; Islamik fundamentalis, fanatik Kristian, authoritarian Stalinis kental dan juga nationalis pemisah kulit hitam (black nationalist). Setiap kumpulan tersebut agak unik dan perlu diberi penekanan secara individual.

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-2.jpg
Fasis UMNO

Fasisme, dulu dan sekarang, mempunyai sejarah dalam jenayah perkauman dan pembunuhan. Menganggap fasis sebagai satu ancaman adalah bukan paranoia. Ia merupakan satu tindak balas mempertahankan diri. Kumpulan fasis kecil juga boleh menjadi kuat dan boleh membawa agenda poltik mereka di dalam dialog politik, mengubah pendapat awam dan debat ke arah sayap kanan. Sekali fasis mula berpijak di sesuatu kawasan, mereka akan menaikkan api kekejaman supaya musuh mereka (termasuk anarkis) tumpas.

Ia amat penting untuk mengatasi fasisme dengan menentang berdasarkan alternatif kita yang merdeka dan bebas. Fasisme diterima masyarakat sebenarnya kerana mereka marah terhadap apa yang terjadi di sekeliling mereka. Mereka menelan solusi mudah yang diberi oleh fasis tanpa menitikberatkan masalah akar umbi yang lebih kompleks – kapitalisme, patriarki, hierarki. Secara amnya, anarkis dan fasis bersaing untuk konstitusi yang sama. Kedua-duanya berjuang untuk perubahan sosial dan membentangkan idea tentang bagaimana komuniti harus bergerak.

Ini menjelaskan bahawa fasisme hanya boleh ditewaskan melalui gerakan anarkis yang berjaya. Kita harus menggerakkan masyarakat dengan pemahaman, hubungan tanpa hierarki, solidariti antara budaya dan aksing langsung (direct action) dari akar umbi.

Walaubagaimanapun, ada masanya, perkataan tidak mencukupi dan anda harus berindak atau anda berisiko untuk ditutup mulut selamanya.

Keselamatan

Gerakan anti-fasis adalah kerja yang merbahaya. Bukan sahaja anda harus berdepan dengan kekerasan polis, malah anda akan diserang oleh fasis, di jalanan, di rumah atau di kawasan komuniti anda.

Bagaimana anda dan rakan-rakan melaksanakan ini? Siapkan diri anda. Perhatikan sekeliling. Belajar seni mempertahankan diri. Rancang untuk kecemasan dan bina jaringan krisis keselamatan untuk mempermudahkan komrad-komrad anda. Wujudkan dana medik dan dana ikat jamin. Sila ambil perhatian dan ini bukan main-main. Ini hal yang melibatkan nyawa.

Keselamatan adalah hal paling mustahak. Jangan guna nama sebenar apabila terlibat dalam kerja-kerja sebegini. Guna nombor telefon yang tidak berdaftar. Guna surat-menyurat. Berhati-hati mengenai informasi peribadi. Jangan terlampau aktif di online. Guna nama samaran, encryption, dan guna akaun emel sementara. Periksa latar belakang individu yang mahu turut serta dalam kumpulan anda.

Rancang kewujudan sekuriti apabila anda mempunyai pertemuan atau acara di tempat awam. Tahu apa respon anda ketika didatangi atau diserang fasis.

Militan anti-fasis bermaksud dari masa ke semasa terlibat dalam aktiviti-aktiviti para militan. Jika anda tidak bersedia, anda seharusnya memilih untuk menyertai projek lain.

Kadang-kadang anda tidak mempunyai pilihan melainkan berhadapan dengan fasis. Ini tidak bermaksud, kekerasan adalah jalan penyelesaian ataupun tidak bermaksud kita harus mepunyai mentaliti gengster untuk melawan mereka. Walaubagaimanapun, realistiknya, seni mempertahankan diri diperlukan untuk aktiviti seperti ini.

Penyiasatan.

Populariti fasisme berbeza bergantung kepada lokasi dan situasi politik. Walaupun ini secara amnya agak keterlaluan, boleh dikatakan idea fasisme berada di situasi di mana ianya kurang popular. Oleh demikian, mereka cuba bergerak secara perlahan. Dengan ketiadaan golongan Nazi berarak di jalanan dengan bendera swastika, ini tidak bermaksud bandar anda bebas dari wabak fasisme. Mereka masih wujud, menyebar dakyah secara diam, membuat graffiti fasis, menguruskan tempahan, merekrut satu demi satu, menyiasat kumpulan lain dan membuat perancangan.

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-3.jpg
Ugutan perkauman fasis

Kumpul informasi. Apabila fasis keluar berita, kumpul informasi sebanyak mungkin. Perhatikan nama, nombor telefon dan alamat. Guna buku panduan dan carian online. Jika Nazi ditangkap, peroleh salinan akhbar mengenai laporan penahanan mereka. Perhati laman web dan message board mereka.

Cipta akaun emel palsu dan berlakon menjadi Nazi seangkatan dan mula berhubung secara online. Langgan majalah mereka. Siasat di mana mereka selalu melepak dan sekali-sekala jenguk apa kegiatan mereka. Perhatikan acara mereka. Peroleh nombor pendaftaran dan jenis kenderaan mereka. Ambil foto mereka secara dekat. Hubungkan nama dan foto. Hantar penyamar ke mesyuarat mereka. Jika anda bertembung dengan Nazi di jalanan, ikut ke mana dia pergi. Kadang-kadang lebih elok anda mengumpul informasi daripada terus bertindak. Kongsi segala info yang diperolehi sesama anti-fasis yang anda percayai. Siasat di mana fasis itu bekerja, tinggal dan belajar.

Perhatikan siapa rapat dengan siapa, siapa ketua, siapa yang mungkin menjadi tali barut untuk polis dan siapa yang memiliki senjata. Kumpul segala pengetahuan daripada mereka.

Wujudkan talian info supaya orang lain boleh menelefon, menyurat atau memberi emel informasi berkaitan fasis dan aktiviti mereka. Tampal pelekat atau risalah mengenai talian info di kawasan Nazi melepak, dan juga poster yang tertera wajah Nazi dengan perkataan “Unwanted”. Anda akan terkejut dengan segala respon yang diterima tetapi jangan terus mempercayai segala informasi yang diperolehi. Kaji segala informasi. Usaha ini akan mendekatkan anda dengan tetangga yang tinggal berhampiran fasis dan mendekatkan anda dengan komrad baru.

Perancangan.

Kerja-kerja anti-fasis tidak boleh diambil remeh. Jika tiada perancangan, malang akan menimpa.

Mulakan dengan mengenalpasti situasi setempat dan mengenalpasti apa yang anda mahu capai. Sediakan pelan perancangan. Ada beberapa faktor yang anda perlu ingat – terlampau banyak untuk disenaraikan. Situasi setempat anda adalah unik dan harus dirancang berdasarkan situasi. Adakah situasi tersebut memerlukan tindak balas komuniti yang lebih terancang, seperti membongkar cerita fasis yang mahu bertanding, ataupun sudah memenangi kerusi? Atau, perlukah anda mempunyai kumpulan affiniti yang lebih kecil dan bergerak dan bertindak sendiri seperti menyerang mailorder fasis? Cuba letakkan diri anda di tempat fasis dan bayangkan apa yang mereka paling takuti. Harus diingat, fikir segala kebarangkalian aksi anda. Adakah mereka akan terus menyerang balas? Adakah anda bersedia untuk melawan?

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-5.jpg
Anti-Fascist Network di Britain

Anda boleh menjadikan gerakan anti-fasis sedia ada sebagai panduan. Kumpulan seperti Anti-Racist Action (Amerika Syarikat dan Kanada), Antifascist Action (Britain) dan Antifa (Jerman) telah melaksanakan pelbagai taktik dan berpengalaman. Model-model tersebut tidak boleh diguna untuk semua situasi, tetapi ia boleh membantu dalam memberi idea.

Peringatan: berhati-hati dengan siapa anda bekerja. Kebanyakkan “anti-fasis” mempunyai politik yang entah apa-apa dan mereka bukan komrad anda. Kumpulan seperti Jewish Defense League sebagai contoh adalah pro-Zionis, dan juga Anti-Defamation League, yang terbukti memberi informasi golongan radikal kepada polis dan spy Israel. Anti-Defamation League dan Southern Poverty Law Center telah bertindak dengan menyarankan orang awam untuk mengabaikan fasis dan terus menerus menembak gerakan radikal anti-fasis dan melabel anti-fasis sebagai kumpulan yang lagi jahat daripada Nazi. Begitu juga dengan beberapa kumpulan komunis anti-fasis dimana mereka mempunyai agenda tersendiri.

Aksi

Pilihan terletak di tangan anda sama ada mahu bergerak dalam komuniti ataupun bergerak secara anonymous dengan aksi langsung. Segala tips untuk kedua-duanya akan diberi nanti dalam tulisan ini, tetapi ada satu aspek dalam gerakan anti-fasis yang paling mustahak: konfrantasi langsung.

Ke mana sahaja fasis bergerak, mereka harus dikonfrantasi. Pilih perlawanan anda: jangan mulakan sesuatu konfrantasi ketika situasi terlampau bahaya (Nazi yang membawa senjata api), anda pasti akan tewas (Nazi terlalu ramai), atau lebih selamat untuk tidak mengambil sebarang tindakan (di mana anda akan ditangkap, atau terlepas peluang untuk mengumpul sebarang informasi). Kebanyakkan konfrantasi bermula dengan makin-hamun, kemudian ianya boleh menjadi fizikal. Bersedia dan kawal konfrantasi tersebut. Buat perancangan, tenang dan jaga terlepas pandang! Konfrantasi adalah perang psikologi: anda harus menggertak, memalukan dan buat mereka berasa kurang selesa, sambil secara sendiri menaikkan konfiden anti-fasis. Maki-hamun boleh menjatuhkan moral fasis seperti juga tindakan fizikal – kedua-duanya boleh diterima pakai.

Sementara itu, jangan bertindak melulu. Jika anda memulakan sesuatu dan gagal menghabiskannya, orang lain akan menganggap anda sebagai orang yang lemah. Jangan pula takut untuk berundur jika situasi terlalu bahaya.

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-6.jpg
Islamofasis Perkasa

Kadang-kadang fasis akan memberi konfrantasi terhadap anda. Memperoleh kemenangan ketika bergaduh bukan perihal siapa lagi besar dan lagi ramai, tetapi ianya adalah perihal semangat untuk menang (ini bagaikan propaganda fasis tetapi ia mempunyai elemen yang betul). Oleh demikian, tewas dalam pertembungan tidak bermakna tewas dalam perlawanan. Anda mungkin tewas tetapi jika anda melawan dan terus melawan, anda akan mendapat sokongan dan orang lain akan mengambil serius hal anda.

Jika anda menjangka akan terlibat dalam konfrantasi fizikal, pastikan semua orang bersedia. Rapat dan perhatikan satu sama lain. Jika boleh, bawa senjata, atau jika anda menjangka anda akan diperiksa oleh polis, bawa sesuatu yang boleh diguna sebagai senjata – tiang bendera, kayu placard, bateri, lampu suluh, rantai basikal dsb. Sediakan first-aid dan kenal pasti di mana hospital terdekat. Jika ada yang tercedera, sediakan cerita palsu bagi mengelak siasatan polis. Kenal pasti limit semua orang, sediakan perancangan teliti untuk menyerang dan melepaskan diri. Bersemangat waja, dan jika peluang datang di depan mata, jangan abaikan! Dan jangan lupa topengkan diri. Sila baca taktik Blok Hitam di entry terdahulu di blog Bidas untuk sebarang informasi menjaga identiti ketika beraksi.

Anti-Fasis dan Media Korporat.

Media perdana tidak akan melayan baik terhadap militan anti-fasis. Mereka akan melabel anda sebagai kumpulan jahat, ataupun gengster. Kumpulan liberal pula akan mengkritik taktik anda.

Ini tidak bermaksud anda harus mengabaikan media perdana. Perspektif militan anti-fasis harus disebar. Pilih seseorang untuk bercakap untuk kumpulan anda, tetapi harus berhati-hati dalam menjaga identiti mereka. Fasis dan polis juga menonton berita. Guna nama samaran dan tutup wajah anda.

Harus diingat pihak media juga akan menemubual fasis, dan ini merupakan peluang untuk mereka menyebar ideologi mereka. Bikin kacau temubual mereka. Jika anda berpeluang untuk bikin kacau ketika sesi temubual, pastikan point yang diberi berjaya mematahkan point fasis.

Senario #1: Menjejaki Aktiviti Fasis di Berita

Vandalisme di gereja atau di kuil. Serangan terhadap imigran. Ratusan risalah perkauman diedar setiap hari. Rumah milik keluarga etnik India dibaling cat. Anda mungkin pernah terdengar berita ini.

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-7.jpg
Demonstrasi Fasis Perkasa

Pertama, kumpul segala informasi dari segala sumber. Dapatkan alamat, masa, lokasi dan nama individu yang terlibat atau yang ditahan.

Kedua, cari persamaan dalam sumber yang diperolehi. Perhatikan akhbar, terutamanya akhbar tempatan. Tonton berita. Buat carian di internet.

Kemudian, pergi ke tempat kejadian dan periksa lokasi kejadian. Periksa sebarang aktiviti fasis – graffiti, sticker, bendera nasionalis. Perhatikan tempat-tempat lepak fasis – kedai makan, taman, tempat snuker, dsb. Berbual dengan orang setempat, terutamanya pekerja kedai runcit dan kanak-kanak. Tanya mengenai skinhead atau sebarang kejadian melibatkan kaum. Berjaga-jaga kerana anda mungkin bertembung dengan fasis di jalanan.

Jika anda mempunyai alamat fasis yang terlibat dalam kejadian itu, pergi periksa, seperti apa yang telah kami nyatakan. Lepak di kawasan tersebut. Jika malam dan anda masih mempunyai masa dan tidak mahu kelihatan meragukan, duduk di dalam kereta dan perhatikan rumah atau bangunan tersebut dan lihat siapa keluar masuk. Ikut sesiapa yang kelihatan seperti suspek. Jika anda berpeluang, ambil sampah mereka dan periksa di tempat lain. Dengan cara itu, anda mungkin akan mendapat informasi personal fasis dan sebarang kaitan dengan aktiviti mereka.

Jika anda mempunyai nombor telefon, buat panggilan dan menyamar sebagai wartawan – tetapi berhati-hati dengan nombor yang anda guna, ianya boleh dikenalpasti dari mana. Tanya fasis mengenai kejadian tersebut, siapa yang terlibat, apa kumpulan individu itu sertai, dan sebagainya. Cucuk mereka seboleh-bolehnya. Alternatif lain adalah, buat panggilan dan menyamar menjadi fasis dari kumpulan yang lebih besar, seperti Perkasa ataupun UMNO. Katakan yang anda terdengar tentang kenjadian tersebut dan ingin memberi sebarang bantuan jika diperlukan. Cuba dapatkan nama dan informasi mengenai fasis lain.

Jika fasis ditahan, cari info mengenai perbicaraan dan cuba menghadirinya. Berhati-hati dengan kehadiran fasis yang datang dan cuba ikut mereka ketika mereka beredar. Jika anda dikenali dalam kumpulan anti-fasis, anda mungkin menghadapi risiko diserang, oleh itu, berhati-hati. Jangan pergi bersendirian. Ubah pemakaian anda dan tukar kembali jika anti-fasis lain hadir dan pastikan mereka tahu kewujudan anti-fasis dan pastikan mereka digertak.

Antara cara lain, walaupun ini agak sukar, adalah dengan berjumpa dengan mangsa kejadian. Ini memerlukan taktik ekstrem. Beritahu, “Hello, nama saya adalah (sekian), dan saya bekerja untuk gerakan anti-fasis bernama Gerakan Anti-Rasis (ataupun apa sahaja nama kumpulan anda) dan kami terdengar apa yang terjadi. Kami menjalankan kajian dan pengetahuan membongkar perkauman dan jenayah perkauman. Boleh kami tanya beberapa soalan mengenai kejadian tempoh hari?” Sekali lagi, berhati-hati dengan nombor telefon yang anda guna kerana ianya boleh dijejak. Mangsa mungkin sudi untuk bekerjasama dan mungkin mereka tidak sudi. Jika mereka tidak mahu bekerjasama, ucap terima kasih dan tamatkan panggilan tersebut.

Jika kejadian tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti fasis, anda harus bergerak bersama komuniti sebagai respon (sila lihat Senario #3). Jika tiada apa, anda sekarang sudah mempunyai informasi dalang ancaman fasis di kawasan anda, dan anda boleh memberi informasi tentang bagaimana untuk respon. Anda juga harus memberi segala informasi yang anda perolehi kepada payung gerakan anti-fasis yang lebih besar di negeri atau negara anda tinggal.

Senario #2: Bertindak-balas Terhadap Bonehead di Kawasan Sekolah

Anda terdengar cerita bonehead Nazi mula melepak di kawasan sekolah. Adakah ini kes ada individu yang memakai baju tertera perkataan sensitif dan patches berbaur perkauman, atau ianya kes yang lebih besar? Pergi siasat.

Pertama, berjumpa dengan individu yang anda kenali di sekolah: kawan, sanak-saudara, ataupun guru yang sedia bekerjasama. Tanya mereka untuk sebarang informasi.

Kedua, pergi ke sekolah dan sebar risalah, pelekat, button mengenai anti-perkauman. Pastikan, pelajar di sekolah tahu yang anda adalah sebahagian daripada gerakan anti-fasis dan kumpulan anda mengikuti perkembangan aktiviti rasis dan fasis. Sesetengah pelajar akan memberi informasi kepada anda, dan mungkin bekerjasama menghalau elemen Nazi, dan mungkin mereka mempunyai idea tersendiri dan kumpulan anda boleh turut serta membantu. Jika perlu, beri semangat kepada mereka untuk mewujudkan gerakan anti-fasis di sekolah mereka.

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-8.jpg
Nazi Bonehead dan Punk

Matlamat anda adalah untuk mengenalpasti siapakah fasis di sekolah, di mana mereka melepak dan adakah mereka terlibat dalam kumpulan fasis yang lebih terancang. Anda mungkin kadang-kadang harus berdepan dengan pelajar yang menjadi Nazi kerana ia kelihatan cool dan anda boleh menerangkan hal sebenar kepada mereka dengan cara mudah. Kadang-kadang juga anda akan berjumpa dengan pelajar (atau mungkin kawan atau adik-beradik) yang datang dari kumpulan fasis yang lebih terancang. Dapatkan pelajar ini secepat mungkin sebelum lagi ramai pelajar-pelajar ditarik masuk kumpulan mereka.

Dengan pergi ke sekolah, anda telah meletakkan diri anda dalam risiko. Anda mungkin bertembung dengan Nazi dan bersedia untuk sebarang konfrantasi. Anda mungkin juga berdepan konfrantasi dari guru sekolah ataupun pengawal keselamatan. Anda mungkin ditahan kerana memasuki kawasan larangan dan menyebar risalah. Jika anda bijak, anda boleh gunakan perkara ini dengan menjadikannya sebagai satu kontroversi dan perhatian tentang kenapa anda mengedar risalah anti-perkauman di sekolah tersebut. Ia lebih mudah jika anda berjumpa dengan pelajar di luar kawasan sekolah, di tempat mereka melepak dan anda berjaya mengelak dari ditahan. Anda mungkin berjumpa dengan pelajar yang mahu membantu mengedar risalah di dalam sekolah tanpa anda perlu masuk ke kawasan sekolah tersebut.

Senario #3: Menghalau Fasis

Anda telah memperolehi nama dan alamat rumah fasis yang aktif. Melainkan berseronok dengan aktiviti waktu malam, apa yang anda boleh lakukan dengan informasi ini? Mudah aja! “Halau” Nazi tersebut dari kawasan kejiranannya. Ini amatlah berkesan jika fasis tersebut cuba merahsiakan aktivitinya.

Pertama, pastikan informasi yang ada dengan anda itu tepat dan benar. Pastikan Nazi tersebut benar-benar tinggal di situ dan dia adalah individu sebenar dengan informasi yang anda telah ada.

Buat satu risalah yang tertera foto, nama, alamat, nombor telefon fasis tersebut dan segala informasi mengenai aktiviti fasis dan personal beliau. Di belakang risalah, nyatakan beberapa informasi mengapa melawan fasis adalah penting, termasuk juga saranan praktikal tentang apa masyarakat boleh lakukan untuk menangani kerja-kerja fasis, atau, keterangan bagaimana untuk turut serta.

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-9.jpg
Islamofasis di acara anti-semtik

Edar risalah ini, terutamanya di kawasan kejiranan fasis tersebut tinggal, bekerja, melepak, dan bersekolah. Kemudian, kumpul rakan-rakan dan ziarah dari rumah ke rumah di kawasan tersebut. Beritahu jiran-jiran mengenai fasis ini dan mengapa dia harus di konfrantasi. Beri semangat kepada jiran-jiran untuk bersama-sama melawan fasis tersebut. Ini akan memberi tekanan kepada fasis tersebut kerana ianya telah terbongkar. Informasi seperti ini boleh mewujudkan aksi spontan dan menarik daripada jiran tetangga. Ramai orang benci terhadap rasis dan ini boleh memberi peluang kepada masyarakat untuk bergerak sendiri menentang fasis.

Taktik ini perlu dijalankan berhati-hati. Perhatikan kelas, budaya dan etnik komuniti tersebut dan ia memberi peranan dalam respon yang mereka akan berikan kepada anda.

Bergerak dalam kumpulan dan pastikan ada di antara anda yang memerhati sekeliling dikala yang lain sedang mengedar risalah ataupun sedang berbual dengan komuniti. Musuh anda mungkin akan mengecam atau mendengar apa yang anda sedang lakukan dan memanggil bantuan daripada fasis yang lain. Anda juga mungkin akan menziarahi rumah teman fasis tersebut, dan beliau mungkin juga seorang fasis. Ada jiran-jiran yang kusut kerana merasa mereka diganggu, menuduh anda sebagai batu api, atau mungkin menelefon polis. Konfrantasi akan wujud dan akan melibatkan kekerasan dan penahanan. Oleh itu, bersedialah.

Senario #4: Melumpuhkan Demonstrasi, Perjumpaan atau Konsert Fasis

Banyak kumpulan fasis, seperti UMNO dan Perkasa, membuat perarakan sebagai menarik perhatian. Ada juga yang lain, seperti Pekida, mengadakan mesyuarat sulit bagi membentangkan agenda mereka. Konsert ketuanan Melayu pula digunakan untuk menarik generasi muda. Kesemua tersebut harus ditangani.

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-10.jpg
Fasisme bawaan UMNO

Mulakan dengan mengumpul informasi mengenai siapa perancang acara tersebut. Apa sejarah mereka, dari mana mereka datang, dan siapa mereka berhubung? Ini akan memberikan anda sedikit latar belakang mengenai fasis untuk kegunaan propaganda, dan ia boleh membantu dalam mengenal pasti apa dan siapa menjadi sasaran. Kumpulan fasis kebiasaanya mempunyai ahli tempatan yang menjemput mereka untuk datang ke bandar mereka, dengan harapan lebih ramai rekrut diperolehi. Orang tempatan itu mungkin berperanan dalam mencari dan menempah tempat untuk acara mereka. Apabila fasis dari bandar lain datang, mereka kebiasaanya akan melawat rumah individu tersebut. Ini adalah peluang terbaik untuk memerhatikan dan mengumpul informasi, atau untuk membongkar kegiatan mereka sebelum mereka bermula dan mengganggu acara mereka ketika ianya berlangsung.

Langkah pertama: Buat perjumpaan. Jemput kumpulan lain dan individu-individu yang anda rasakan mampu bergerak bersama dari segi taktikal, walaupun anda mempunyai perbezaan dari segi politik. Pastikan tujuan utama rancangan ini adalah untuk menghalang acara fasis dari diteruskan, bukan sekadar protes atau menaikkan kesedaran. Pastikan prinsip gabungan ini untuk tidak bekerjasama dengan pihak polis, menerima kepelbagaian taktik, dan ia bergerak dari dasar akar-umbi dan tanpa hierarki. Wujudkan satu majlis untuk bercakap dan dapatkan wakil dari kumpulan lain untuk memainkan peranan. Dapatkan komitmen dari orang yang turut serta. Jika yang lain telah mengadakan pertemuan, pastikan ianya berbaloi atau tidak untuk hadir. Jika ianya berbaloi, bangkitkan isu mengenai demokrasi langsung dan pastikan matlamat utama adalah untuk menyekat acara fasis. Walaubagaimanapun, ada sesetengah liberal yang tidak akan setuju dengan pendapat anda dan cuba mengabaikan anda. Ada sesetengah tidak setuju dengan konfrantasi. Oleh demikian, sediakan ruang selamat untuk mereka turut serta – peranan mereka juga penting, sama seperti peranan aksi. Bagi pendapat dan cuba yakinkan mereka melalui perspektif anda, tetapi harus berhati-hati untuk tidak bercakap hal-hal berat. Liberal mempunyai sejarah yang kuat dalam menjadi tali-barut polis apabila mereka di konfrantasi dengan gerakan atau taktik radikal.

Langkah kedua: Hebohkan. Risalah, sticker, graffiti, stencil, internet, apa sahaja. Jika kawasan anda multi-bahasa, cuba dapatkan terjemahan. Ia amat penting untuk membatasi bahasa dan cuba elak tanggapan yang semua orang faham Bahasa Inggeris. Dengan cara ini, ia berjaya menarik masyarakat dari latar belakang berbeza untuk turut serta – penting juga untuk gerakan anti-fasis jangka masa panjang.

Matlamat utama di sini adalah untuk menyekat acara fasis dari bermula. Kadang-kala, membongkar perkara kecilan sudah mencukupi. Kebanyakkan perniagaan tidak mahu dikaitkan dengan fasis dan akan tarik diri dari acara tersebut jika mereka didedahkan yang mereka turut serta. Dalam kebanyakkan kes, mereka tidak tahu-menahu dengan siapa mereka bekerja hinggalah mereka diberitahu kerana fasis kebiasaanya tidak memberitahu niat sebenar dan idea asal kumpulan mereka. Ada juga yang meneruskan penglibatan mereka atas dasar “kebebasan bersuara”, tetapi mereka akan kecut jika mereka diberi tekanan atau anda mewujudkan kempen untuk mengkritik mereka.

Dalam kebarangkalian lain, anda mungkin perlu mengelak bergerak dengan publik. Saranan untuk bertindak boleh mendapat perhatian media, dan pihak polis akan mengambil tindakan. Ini akan membuatkan fasis mendapat kawalan dan keselamatan dari pihak polis negara untuk acara tersebut. Ini akan mengurangkan peluang anda untuk berdepan konfrantasi dengan mereka. Lebih elok untuk memastikan yang mereka tidak tahu kedatangan anda sekalian. Dalam kes ini, cuba merancang melalui mulut ke mulut melalui beberapa kumpulan anti-fasis lain, dan serang mereka secara mengejut!

Perarakkan

Ia agak mustahil untuk fasis berarak tanpa bantuan pihak polis yang menjaga “kebebasan bersuara” tetapi menutup mulut kita. Pihak polis hadir bersama polis anti-rusuhan yang bersedia dengan gas pemedih mata, pepper spray, peluru getah dan bom asap. Mungkin juga hadir bersama helikopter, sniper, anjing polis, kuda dan kereta perisai, hanya untuk menjaga keselamatan fasis untuk berarak. Fasis biasanya diberi pagar keselamatan dan fasis-fasis penting akan diiringi oleh polis dan biasanya selesa berada di dalam kenderaan milik polis.

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-11.jpg
Fasis Perkasa

Ini tidak bermaksud peluang untuk mendapatkan mereka atau melumpuhkan acara mereka, gagal. Pertama, cuba siasat di mana fasis berjumpa sebelum acara bermula. Kebiasaannya, mereka berjumpa di rumah fasis lokal, di restoran berhampiran balai polis, atau di stesen minyak di jalan utama. Jika anda berjaya mengumpul rakan-rakan lain, anda boleh memberi kejutan kepada mereka. Kedua, penyokong fasis mungkin hadir tanpa diiringi pihak polis. Sediakan kumpulan mata-mata untuk menyelidik fasis-fasis ini, dan anda boleh bertembung dengan mereka dan menghalau mereka. Ketiga, dorong orang ramai untuk menyekat iringan polis dari membawa masuk dan mengeluarkan fasis. Jika fasis merancang untuk berarak, cuba halang jalan mereka. Anda boleh menghantar penyamar ke dalam kumpulan mereka ataupun hujani mereka dengan apa sahaja yang boleh dibaling. Jika semua itu gagal, anda boleh melemaskan mereka dengan membuat bising dan pada waktu yang sama, anda juga boleh berseronok dengan bunyian-bunyian tersebut.

Harus diingat, demonstrasi fasis adalah cara mereka mencari rekrut dan peluang mereka mencari publisiti. Ambil peluang situasi ini untuk memperoleh publisiti untuk gerakan anti-fasis!

Perjumpaan

Sesetengah perjumpaan akan didatangi oleh fasis-fasis dari bandar lain. Cuba periksa parkir lot di kawasan hotel, perhatikan kewujudan sticker atau simbol-simbol fasis pada kenderaan. Jika anda mempunyai info mengenai nama orang yang hadir, periksa di hotel tersebut sama ada mereka sudah check-in atau belum. Beri mereka lawatan mengejut.

Disebabkan ianya bukan acara publik, perjumpaan fasis kebiasaanya tidak dihadiri ramai polis seperti demonstrasi jalanan. Ini boleh memberi anda banyak peluang untuk konfrantasi dengan mereka – terutamanya apabila mereka tidak menjangka kehadiran anda. Jika berpeluang, berarak bersama kumpulan anda ke acara mereka dan bikin huru-hara secara maximum. Buat bising dan tendang meja sudah mencukupi untuk membuat keadaan menjadi huru-hara. Pihak polis akan menghalau anda tetapi anda masih boleh membuat kacau-bilau di luar dan cuba kejar mereka ketika perjumpaan mereka tamat.

Konsert

Fasis banyak belajar selepas banyak konsert mereka terpaksa dibatalkan. Banyak konsert Nazi dibuat di tempat yang simpati dengan mereka. Ia juga termasuk di tempat yang dimiliki mereka, tempat geng motor, dan tempat persendirian di kawasan pinggir. Tempat-tempat ini mengabaikan segala tekanan umum tetapi ianya berguna untuk aktiviti malam kita. Kebiasaanya, fasis akan merahsiakan konsert tersebut dan menempah di kelab atau bar biasa. Anda boleh memaksa pemilik kelab tersebut untuk membatalkan konsert tersebut. Ada sesetengah pemilik kelab berlagak angkuh, dan oleh demikian, anda seharusnya jangan mengalah dan beri tekanan kepada pemilik kelab tersebut. Kadang-kadang, anda berjaya membuatkan pemilik kelab tersebut membatalkan konsert tersebut, dan Nazi akan bertungkus-lumus mencari tempat baru untuk meneruskan konsert mereka. Dan anda harus terus-menerus, tanpa henti memberi tekanan.

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-12.png
Band Nazi di Malaysia dan logo Malay Power. (Kurang pasti tentang sinonim penggunaan bahasa Inggeris dan mempertahankan ketuanan Melayu)

Fasis biasanya merahsiakan konsert mereka, dan meminta orang yang hadir untuk berjumpa di sesuatu kawasan yang mana fasis lain akan menunggu dan memberi arah tuju tempat konsert mereka. Jika anda tahu tempat perjumpaan tersebut, kumpul sebanyak mungkin rakan-rakan dan pergi ke tempat perjumpaan tersebut. Sebagai contoh, jika di kawasan taman, rancang pertandingan hoki anti-fasis dan sediakan sebanyak mungkin kayu hoki. Jika anda berjaya menggertak penganjur, anda boleh menunggu kedatangan fasis lain dan “membantu” mereka mencari jalan keluar dari bandar tersebut. Penganjur biasanya mempunyai telefon kecemasan kedua dan pastikan rakan anda yang lain menelefon nombor tersebut setiap masa bagi memastikan fasis lain tidak dapat menghubungi pengajur tersebut – ataupun, gunakan program modem komputer untuk membuat panggilan terus menerus. Jika anda mempunyai bakat berlakon sebagai fasis, atau menyamar menjadi wartawan, anda boleh menggunakan nombor tersebut untuk memperoleh sebarang informasi.

Jika konsert tersebut diteruskan, cuba rancang untuk satu aksi ketika konsert tersebut berlangsung. Ia mungkin merbahaya kerana ia mungkin dihadiri puluhan atau ratusan Nazi. Di kawasan lain, anda mungkin mendapat kejayaan dan sokongan. Dan ingat – fasis-fasis tersebut meletak kenderaan mereka di sesuatu kawasan.

Aplikasi Lain

Kebanyakkan taktik tersebut boleh digunapakai untuk menyiasat dan berkonfrantasi dengan organisasi jahat lain, seperti perusahaan yang terlibat dalam menyeksa haiwan atau yang terlibat dalam kejuruteraan genetik.

b-g-bidas-gerakan-anti-fasis-en-13.jpg