#title Kronologi Budaya Squat dan Penentangan di Copenhagen #author Bidas #LISTtitle Kronologi Budaya Squat dan Penentangan di Copenhagen #SORTauthors Bidas #SORTtopics Squatting. history, denmark, movement #date 13/04/2012 #source [[https://risalahbidas.wordpress.com/2012/04/13/kronologi-budaya-squat-dan-penentangan-di-copenhagen/]] #lang ms #pubdate 2021-02-20T13:54:06 #language Bahasa Melayu #publication Risalah Bidas Kebanyakkan negara-negara Eropah mempunyai sekurang-kurangnya satu pusat sosial tinggalan dari era kegemilangan gerakan squat beberapa dekad yang lalu. Di Norway punyai Blitz, Austria pula EKH, di Jerman ada Kopi (Berlin) dan Rote Flora (Hamburg), di Slovenia pula punyai satu kawasan kediaman squat yang bernama Metelkova. Sejak beberapa tahun ini, kerajaan-kerajaan negara Eropah telah melancarkan beberapa serangan terhadap tempat-tempat tersebut manakala Ungdomshuset pula adalah antara yang pertama dirampas di bahagian utara Eropah dan anarkis-anarkis dan pihak berkuasa sedang memerhati dan menunggu adakah rampasan ini berjaya melumpuhkan api resistansi.
Kronologi Budaya Squat dan Penentangan di Copenhagen 1897 – November 12. Satu bangunan yang diberi nama “Folkests Hus” (Rumah Rakyat) telah siap dibina dan ianya dijadikan sebagai kubu dan ibu pejabat untuk gerakan-gerakan buruh. Untuk beberapa dekad seterusnya, Vladimir Ilyich Lenin dan Rosa Luxemburg pernah berucap di sini. Pada 1910, Second International telah mengadakan persidangan wanita antarabangsa di rumah ini dimana Clara Zetkin mencadangkan kewujudan Hari Wanita Antarabangsa. Beberapa demonstrasi bersejarah telah dirancang di Folkests Hus. Antaranya ialah demonstrasi besar pada 1918 apabila kaum buruh menyerang Stock Exchange. Pada lewat 1950-an, bangunan ini terus digunakan oleh union dan pertubuhan gerakan buruh sebagai tempat untuk beraktiviti seperti mengadakan perlawanan tinju dan majlis tarian. 1971 – September. Lima puluh aktivis telah berjaya menduduki(squat) kawasan militari lama di Christiana yang berkedudukan di pusat Copenhagen. Beberapa tahun kemudian, ianya menjadi tempat kediaman hampir ratusan orang. 1981 – Punk dan anarkis telah mewujudkan satu kumpulan yang dipanggil “inisiatif untuk rumah belia” sebagai tuntutan bagi mendapatkan ruang autonomi untuk golongan muda di Copenhagen. Permintaan mereka mengikut landasan undang-undang gagal apabila ianya ditolak oleh pihak kerajaan. 1981 – Oktober. Kilang roti terbiar bernama “Rutana” dan kilang getah terbiar bernama “Schionnng & Arve” telah di-squat. Pihak polis kemudian merampas kedua-dua bangunan dengan menggunakan gas pemedih mata dan juga kekerasan kejam. “Abel Catrine-stiftelsen” pula di-squat selepas itu, tetapi hanya untuk tempoh masa tiga bulan. 1982 – Mac. Bangunan tinggalan Musical Mechanic Museum dan bangunan terbiar bersebelahannya yang bernama “Sorte Hest” (Kuda Hitam) telah di-squat. Para “squatter” telah berikrar untuk berlawan habis-habisan untuk mengekalkan tempat ini. Pada musim bunga, lebih banyak rumah telah di-squat, termasuk “The Little Feather”, “Bazooka” dan “Allotria”. 1982 – Oktober 29-31. Majlis perbandaran telah memberi lampu hijau dengan menyediakan satu bangunan di Jagtvej 69 untuk gerakan squat. Ianya telah diberi oleh majlis penbandaran kepada satu kumpulan yang dipanggil “pengguna Ungdomshuset.” Ketika datuk bandar muncul pada majlis pembukaan, squatter Ungomshuset telah menyimbah satu baldi air ke atas kepalanya di hadapan puluhan wartawan. Untuk beberapa tahun seterusnya, Nick Cave dan Bjork serta ramai lagi pernah membuat persembahan di bangunan tersebut. Bangunan tersebut terus menerus digunakan oleh ratusan orang untuk pertunjukkan teater, upacara makan malam, mesyuarat, diadakan bar dan mengendalikan bermacam-macam persembahan muzik. 1983 – Januari. Segerombolan polis telah menyerbu squat “Allotria” tetapi kecewa bila mendapati bangunan tersebut sudah kosong. Untuk beberapa bulan, squatter “Allotria” telah menggali terowong rahsia. Ketika kejadian, mereka menggantung banner “kami yang tentukan bila kami ingin lawan”, dan memaki hamun pihak polis sebelum melarikan diri dan muncul di kedai paip seberang jalan dan kemudiannya melarikan diri menggunakan trak. 1983 – Ryesgade 46 dan 58 telah di squat selama tiga tahun ketika proses berunding dengan majlis perbandaran dan juga pemilik bangunan. 1986 – September 14. Satu protes besar-besaran telah diadakan bagi mengelak pihak polis dari merampas squat Ryesgade. Ratusan aktivis berpakaian kerja dan mengenakan topeng ski telah menewaskan pihak polis dalam beberapa siri pertempuran jalanan dimana satu barikad besar telah dibina. Ianya berterusan sehingga 22 September, apabila pihak kerajaan telah meminta bantuan dari pihak tentera Denmark. 1996 – Januari 27. Satu kebakaran telah berlaku di Ungdomshuset dan bangunan tersebut telah mengalami kerosakkan. Ianya berjaya di renovasi melalui kerja-kerja sukarelawan dan derma. 1996 – May 6. Pihak perbandaran telah bersetuju untuk menutup Ungdomshuset. 1999 – June 17. Tujuh aktivis Ungdomshuset telah mengambil alih siaran berita stesen televisyen nasional, kemudian menconteng slogan di papan belakang set dengan menggunakan spray paint. Selepas beberapa minit, program berita tersebut tertera “masalah teknikal” di kaca televisyen. 2000 – Januari 26. Pihak perbandaran telah mengisytiharakan status bangunan Ungdomshuset adalah untuk dijual. Para squatters kemudian menggantung banner di hadapan bangunan tersebut yang tertulis “Untuk dijual, bersama 500 autonomis yang suka membaling batu, berpenyakit mental yang ganas dari neraka.” 2000 – November 16. Pihak perbandaran telah menjual bangunan tersebut kepada syarikat korporat bernama HUMAN A/S. 2001 – September 28. Satu bahagian ekstremis Kristian dari Faderhuset (“Rumah Bapa” atau “Rumah Tuhan”) telah mengambil alih dari HUMAN A/S selepas ketua paderi Faderhuset telah bermimpi yang Tuhan telah mengarahkannya untuk menghancurkan dan menghampuskan Ungdomshuset dengan apa jua cara sekalipun. Para squatters tetap dengan pendirian untuk tidak mengambil peduli mengenai hal penjualan dan pembelian bangunan tersebut. Mereka juga tidak akan melabel pemilik bangunan tersebut sebagai “tuan” dan berkeras untuk tidak sesekali membenarkan “pemilik” bangunan masuk ke dalam bangunan tersebut. Maka, perang antara Rumah Bapa dan Rumah Belia bermula! 2003 – Faderhusset menyaman penghuni dan pengguna Ungdomshuset dan berkeras untuk merampas bangunan tersebut. 2004 – Mahkamah menyebelahi Faderhusset. Pengguna Ungdomshuset kemudiannya membuat rayuan. 2006 – Rayuan di mahkamah gagal. 2006 – May 11. Protes untuk Ungdomshuset. 2006 – June 22-25. Ungdomshuset menganjurkan K-town Festival dan “Bike Wars” yang berjaya mendapat sambutan hebat. 2006 – September. Satu dana bernama “Jagtvej 69” telah ditubuhkan oleh masyarakat Denmark yang bersimpati terhadap squatters, bertujuan untuk membeli bangunan Ungdomshuset dari Faderhusset dan menyerahkannya kembali kepada squatters. Faderhusset tidak mahu menjual bangunan tersebut. Percubaan untuk membeli buat kali terakhir dibuat. 2006 – September 23. Protes berarak dari Ungdomshuset ke Christiania. 2006 – September 24. Protes jalanan untuk Ungdomshuset. 2006 – Oktober. Mahkamah menetapkan penghuni mesti meninggalkan bangunan tersebut sebelum 14 Disember. Percubaan terakhir untuk rayuan ditolak. Ketua polis berjanji tiada percubaan untuk merampas bangunan itu pada tahun tersebut, iaitu 2006. Ungdomshuset meminta bantuan dan pertolongan dari serata dunia. 2006 – Oktober 22. Pengguna Ungdomshuset melawat ibu pejabat Faderhusset. 2006 – Oktober. Ungdomshuset menyambut ulangtahun yang ke-24 2006 – Disember 12. Dana “Jagtvej 69” beberapa kali telah cuba untuk membeli bangunan tersebut dari Faderhusset mengikut harga pasaran tetapi ditolak oleh Faderhusset secara bulat-bulat. Ini bukan sahaja mengejutkan pengguna Ungdomshusset, malah media korporat kapitalis pun turut terkejut dengan keputusan gereja tersebut. 2006 – Disember 14. Ribuan manusia turun padang untuk menyertai protes besar-besaran untuk lebih banyak ruang otonomi di Copenhagen. 2006 – Disember 14. Satu stesen radio haram berpusat di dalam Ungdomshuset memulakan operasi penyiaran mereka. 2006 – Disember 16, petang. Satu demonstrasi tanpa permit telah dibuat oleh Ungdomshuset. Masyarakat dari setiap pelusuk dunia turun untuk menyertainya. Mereka hanya bergerak sejauh beberapa meter sebelum pihak polis anti-rusuhan menyerang mereka mengakibatkan berlaku pergaduhan atau peperangan untuk berjam-jam. Seramai 273 individu ditahan ketika rusuhan tersebut. 2006 – Disember 29. Datuk bandar menyarankan yang Ungdomshuset dipindahkan ke Christiania yang berkedudukan di tengah Copenhagen. Walaubagaimanapun, ianya ditarik balik kerana tiada bangunan kosong di kawasan tersebut. 2007 – Januari 3. Faderhusset mendapat lampu hijau untuk meruntuhkan bangunan Ungdomshuset. 2007 – Januari. Puak liberal mengadakan protes anti-Ungdomshuset. Puak Nazi pula turun menyertai protes tersebut. Pergaduhan tercetus antara mereka dengan penyokong Ungdomshuset. 2007 – Januari 8. Datuk bandar mencadangkan yang Ungdomshuset dipindahkan ke bangunan balai bomba lama yang dimiliki oleh pihak kerajaan pusat. Cadangan tersebut walaubagaimanapun ditolak oleh kerajaan pusat. 2007 – Januari 13. Satu rumah telah di-squat di Dortheavej, yang berkedudukan tidak jauh dari Ungdomshusset. 48 jam kemudian, ianya dirampas oleh pihak polis. 2007 – Febuari 3. Satu rumah di Grondalsvenge pula di-squat tapi dirampas kembali pada hari yang sama. 2007 – Febuari 16. Kesesakkan lalu-lintas berlaku di awal pagi berpunca daripada peserta protes menghadang jalan dengan kain rentang untuk Ungdomshuset. 2007 – Mac 1, jam 7 pagi. Pihak polis dan militari berunifom menyerang Ungdomshuset dalam satu operasi polis terbesar dalam sejarah Denmark. Enam anggota polis diturunkan melalui helikopter Navy ke atas bumbung Ungdomshuset dan melepasi pagar kawat besi yang didirikan oleh penghuni Ungdomshuset. Kemudian, dua kren yang dipenuhi oleh polis anti-rusuhan telah diangkat supaya mereka boleh masuk ke dalam bangunan Ungdomshuset melalui tingkap di tingkat 2 dan tingkat 3. Sementara itu, alatan pihak bomba dari lapangan terbang Copenhagen diguna. Mereka menyembur seluruh bangunan tersebut dengan buih busa(foam) dalam kuantiti yang banyak untuk mengaburi penglihatan dan sebagai langkah untuk menghindari penggunaan molotov cocktail. Kumpulan polis yang terakhir pula memasuki bangunan tersebut dengan memecahkan dinding melalui bangunan sebelah. Pihak polis memberitahu yang mereka mengambil masa hanya lima minit untuk merampas bangunan tersebut tetapi yang sebenarnya mereka memerlukan empat puluh minit untuk merampas bangunan itu sepenuhnya dan menahan tiga puluh lima individu yang berada di dalam bangunan tersebut. Sejam kemudian, dalam seratus orang telah berkumpul dan rusuhan telah berlaku. Sejam selepas itu pula, seramai 1500 telah muncul dan barikad dibina di setiap kawasan, termasuk barikad api. Kumpulan bernama Feminists For More Free Space berjaya membina dua belas barikad dan satu lagi barikad di belah petang hari tersebut. 2007 – Mac 1, jam 5 petang. Satu perarakan bergerak menuju bangunan di Jagtvej 69 dan kemudian, berlaku rusuhan terbesar dalam sejarah Denmark. Aktivis menghadang jalan dan membakar kereta-kereta untuk menghalang dari trak dan van polis masuk ke dalam kawasan mereka. Pihak polis menggunakan gas pemedih mata manakala perusuh membalas menggunakan molotov cocktails, batu dan botol. 217 ditahan pada hari tersebut. 2007 – Mac 2. Satu kumpulan manusia bertindak untuk meng-squat ibu pejabat parti politik datuk bandar. Polis mendapatkan bantuan anggota dari seluruh negara. Mereka juga terpaksa meminjam trak dan van polis dari polis Sweden dan Belanda kerana kebanyakkan trak dan van polis Denmark sudah rosak akibat rusuhan. Malam tersebut, dalam 2000 manusia cuba untuk merampas kembali Ungdomshuset. Barikad disediakan dan trak serta van polis dibakar apabila polis mula menyerang mereka. Rusuhan tersebut merebak ke bahagian lain bandaraya Copenhagen dan 188 individu ditahan. 2007 – Mac 3. Polis menyerbu tempat-tempat di sekitar Norrebro. Seramai 130 ditahan dan 13 warga asing dihalau dari Denmark. Ahli Anarchist Black Cross yang merupakan perancang dalam mewujudkan bantuan dan sokongan kepada banduan juga ditahan. Talian telefon mereka juga ditutup oleh pihak berkuasa dan keesokkan harinya, mereka mengumumkan talian baru mereka. Walaupun dicemari dengan “keganasan”, kumpulan Citizens Group yang menyokong Ungdomshuset mendapat banyak talian daripada individu yang ingin mendapatkan keahlian. Keahlian mereka meningkat hampir 700 orang. Di belah petang, seramai 2000 orang berkumpul untuk berarak. Demonstrasi solidariti berlaku di seluruh Eropah untuk beberapa hari seterusnya. Di sesetengah negara, rumah konsulat Denmark di-squat, lebuhraya terpaksa ditutup dan perusuh menggunakan api sebagai senjata melawan polis. Rusuhan berlaku lagi di sekitar Copenhagen di belah petang. Seramai 76 individu ditahan. Kerugian akibat rusuhan dianggarkan mencecah US$2.7 juta. 2007 – Mac 5. Pekerja-pekerja bertopeng ski memulakan kerja-kerja meruntuhkan Ungdomshuset sambil pihak polis mengawal ketat kawasan tersebut. Kebanyakkan syarikat menarik diri dari menyertai kerja-kerja meruntuhkan Ungdomshuset, mungkin kerana mereka menyokong Ungdomshuset, tetapi mungkin juga kerana mereka tidak dapat menjamin keselamatan pekerja mereka ketika meruntuhkan bangunan tersebut. Kebanyakkan kenderaan syarikat-syarikat yang terlibat telah dirosakkan seperti tayar dibocor, cermin dipecah dan asid dituang di tempat duduk kenderaan tersebut. Salah satu syarikat yang terlibat terpaksa menghantar pekerja mereka pulang dan meminta ganti rugi dari Faderhusset dengan menghantar bil kerugian. Pada lewat malam, dua trak telah dibakar di parkir syarikat yang terlibat dalam penghantaran bahan dari Jagtvej 69. Syarikat 3×34 Transport menyatakan yang syarikat mereka bersifat politikal neutral dan akan menghantar apa-apa bahan atau barang jika diminta tanpa mengambil kira soal politikal, agama mahupun kaum. Walaubagaimanapun, mereka memilih untuk tidak terlibat dalam kerja-kerja di Ungdomshuset. Mereka berkata yang 3×34 Transport tidak akan meneruskan kerja mereka tanpa mengira masa sekiranya kerja-kerja tersebut boleh mengancam keselamatan pekerja dan mereka tetap dengan pendirian untuk memberhentikan dan menolak sebarang permintaan daripada projek yang melibatkan kerja-kerja pembersihan Ungdomshuset di Norrebro. 2007 – Mac 6. Ketua Faderhusset menyampaikan ucapan kemenangan. Dalam ucapannya, dia menyatakan yang golongan muda di Norrebro telah dipengaruhi oleh syaitan tetapi Tuhan lebih berkuasa dan akan menang menentang syaitan. Dia juga berkata, perkara seterusnya yang harus dilawan dan ditentang ialah homoseksual, pedophilia, pornografi, penguguran dan alat mainan berunsur kesetanan. 2007 – Mac 8. 4000 orang menyambut Hari Wanita Antarabangsa, iaitu hari yang dicadangkan di Jagtvej 69 hampir satu abad yang lepas. Mereka berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Ungdomshuset. Bangunan tersebut telah dimusnahkan tetapi permintaan mereka untuk bangunan yang baru sedang hangat dibincangkan. 2007 – Mac 16. Satu van polis yang penuh dengan anggota berhenti di Jagtvej 69 semata-mata hanya untuk kencing di tapak bekas bangunan Ungdomshuset. Apabila orang awam bertanya adakah tindakan mengencing di tanah milik peribadi sah di sisi undang-undang, polis menjawab yang mereka mempunyai hubungan baik dengan Ruth (ketua Faderhusset). Sementara itu, pihak polis mengaku yang mereka secara “tidak sengaja” menyerang orang awam menggunakan gas pemedih mata. Selepas sisa-sisa runtuhan selesai, Faderhusset meletakkan harga jualan untuk tanah tersebut sebanyak DKK15 juta (mereka membelinya dengan harga DKK2.6 juta). Majlis bandaraya menyuarakan rasa jengkel dan bengang mereka kerana Faderhusset enggan menjualnya ketika grup “Jagtvej 69” cuba membeli untuk diberi kembali kepada squatters, dan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang disebabkan oleh rusuhan-rusuhan yang berlaku ketika bangunan tersebut dirampas dan ianya dianggarkan memakan kos sebanyak DKK 72 juta. Secara keseluruhan, lebih dari 750 ditahan ketika rampasan dan konflik susulan, termasuk 140 warga asing. Aksi solidariti berlaku di seluruh Denmark sehingga ke Korea Selatan. Ribuan manusia bergabung tenaga untuk meminta Rumah Belia yang baru dan individu dari gerakan squat tahun 1980-an yang sudah tidak aktif, telah merancang dan mengadakan protes mingguan dan dikenali dengan nama Grey Bloc. Dan kisah seterusnya: 2007 – Mei 14. Polis memasuki Christiania untuk menghancurkan bangunan terbiar Cigarkassen. Ratusan manusia kemudian membina sekatan jalan dan merosakkan kenderaan binaan. Apabila polis berundur, mereka membina kembali rumah tersebut. Ribuan berkumpul di Christiania pada awal petang. Pihak polis meronda dalam kumpulan yang ramai, sambil membuat penahanan, sambil dihujani botol dan batu. Pihak polis sebenarnya ditekan oleh kombinasi aktivis squat dan penjaja yang kasar, dan mereka bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke dalam Christiania dari luar, dan barrikad yang besar dibina bagi menghalang pihak polis mendekati mereka. Ketika ini, ada seseorang sempat mencurah satu baldi air kencing dan tahi ke atas komander polis “Bjarne Bonelock”, kerana dia adalah anggota yang selalu terlibat dalam kes-kes berkaitan Ungdomshuset dan Christiania. Pertelingkahan tersebut berlaku sehingga malam. tetapi pihak polis masih belum berjaya menguasainya. 50 tahanan telah dibuat dan pendakwaraya pula memohon semua tahanan kekal di penjara kerana baginya tahanan tersebut berada dalam keadaan yang ingin memberontak sepanjang masa. 2007 – Ogos 30-September 6. Aksi selama satu minggu telah dibuat bagi memperingati enam bulan Ungdomshuset dirampas, termasuk juga beberapa demonstrasi besar-besaran, satu hari feminis yang fokus kepada teknik-teknik mempertahankan diri, dan seperti biasa aksi mendirikan barrikad, pertelingkahan jalanan dan merosakkan harta benda serta satu kumpulan kanak-kanak telah meng-squat satu rumah di H.C: Oerstedsvej 69 dan mempertahankannya dari polis dengan menggunakan pai dan belon air. Selepas rusuhan pada 1 September, kedutaan Amerika Syarikat menghantar amaran kepada rakyat Amerika yang berada di Denmark untuk tidak masuk ke kawasan Norrebro. Di akhir minggu tersebut, sebanyak 69 protes telah berlaku di 69 tempat yang berasingan di rumah atau bangunan yang bernombor 69. Aktivis squat telah mengumumkan yang stesen mengepam air terbiar di Grondalsvenge Alle 13 akan diduduki untuk bulan seterusnya dengan menggunakan taktik yang sama seperti protes persidangan G8 di Jerman. 2007 – Oktober 6. Hampir 10,000 orang berkumpul di Norrebro untuk menduduki Grondalsvange Alle 13 dan dalam 1000 telah dilatih untuk berkonfrantasi dengan polis. Selepas perarakkan reda, ianya berpecah kepada empat blok berbeza, dengan setiap satu punyai tema berlainan dan juga jenis risiko yang akan dihadapi. Bangunan yang dipilih dan juga kawasan sekeliling dipenuhi dengan kawat besi, anggota polis dan anjing polis. Majoriti manusia yang terlibat adalah pasifis tetapi pihak polis tetap menyerang mereka menggunakan gas pemedih mata, anjing polis dan baton dan mengakibatkan keluarga yang tidak bersalah dan pihak polis sendiri terkena gas tersebut. Penahanan paling ramai pada satu masa dalam sejarah Denmark apabila seramai 436 individu ditahan. Walaubagaimanapun, ratusan orang berjaya sampai ke rumah tersebut dan berjaya mengibarkan bendera Jolly Roger dari atas bumbung rumah tersebut. Pada saat akhir, mereka gagal mempertahankan rumah tersebut tetapi datuk bandar mengumumkan yang dia masih terbuka untuk berunding di masa akan datang.
Berikut merupakan dokumentari mengenai rampasan bangunan Ungdomshuset bertajuk ‘69‘ (sarikata Bahasa Inggeris) - Part 1 - [[https://youtu.be/cJ8KyYI1XcE]] - Part 2 - [[https://youtu.be/4GJtzL5kia4]] - Part 3 - [[https://youtu.be/GnnjV9YRSS8]] - Part 4 - [[https://youtu.be/T_V65VTkUvg]] - Part 5 - [[https://youtu.be/94sC0JU6r6k]]