#cover c-u-crimethinc-untuk-mengubah-semuanya-id-1.png
#title Untuk Mengubah Semuanya
#subtitle cara anarkis
#author CrimethInc.
#SORTauthors CrimethInc.
#SORTtopics Introductory, Translation
#date 2016
#uid To Change Everything
#source [[https://cloudfront.crimethinc.com/tce/pdfs/to-change-everything-malay-single.pdf]]
#lang ms
#pubdate 2020-12-30T09:42:44
#notes Bahasa Melayu translation of [[https://crimethinc.com/tce][To Change Everything]].
#publication CrimethInc.
#language Bahasa Melayu
#teaser ANARKISMA adalah idea bahawa semua orang berhak untuk mendapat kehendak dirinya sendiri secara sepenuhnya. Tiada undang-undang, pemerintah ataupun proses membuat keputusan yang lebih penting daripada keperluan dan kehendak sebenar seorang manusia.
Sekiranya anda dapat mengubah
sesuatu, apa yang anda ubahkan?
Adakah anda akan pergi bercuti
seluruh hidup? Membuat minyak
fosil untuk menghentikan perubahan
cuaca? Meminta bank dan politikus
lebih beretika? Tiada yang lebih
tidak realistik apabila mengekalkan
setiap yang ada dan mengharapkan
keputusan yang berbeza. Kepayahan
kewangan peribadi dan emosi
kita mencerminkan kebangkitan
dan bencana global. Kita boleh
menghabiskan seumur hidup
kita untuk memadamkan api
kesengsaraan satu demi satu,
tetapi semuanya berpunca dari satu
perkara. Tiada penyelesaian mudah;
kita perlu memikirkan semuanya
berdasarkan logik yang berbeza.
Untuk
Mengubah
Semuanya,
Mulakan Di
Mana-Mana
Sahaja
*** Mulakan
dengan
Pengukuhan
Kehendak
Diri Sendiri
Bayang-bayang kebebasan masih dihantui oleh
pelakonnya berdasarkan imej sendiri. Kita dijanjikan dengan
pengukuhan kehendak diri sendiri: semua institusi di dalam
masyarakat yang sepatutnya hasilkan.
Sekiranya anda memiliki pengukuhan kehendak diri
sendiri secara menyeluruh, apa yang anda lakukan sekarang?
Fikirkan potensi hidup anda; perhubungan yang boleh anda
miliki, pengalaman yang boleh anda alami, dan memberi makna pada kewujudan anda. Apabila anda dilahirkan, seolah-olah
tiada batasan apa yang boleh anda kecapi. Ketika itu, anda mewakili semua kemungkinan yang tulen.
Selalunya, kita tidak berhenti untuk membayangkan
semuanya. Hanya di dalam waktu yang indah, kita jatuh cinta
atau menggapai cita-cita atau melawat tanah yang jauh, adakah kita dapat mendakap impian yang memeningkan di dalam
kehidupan kita. Apakah yang menghalang anda dari mencapai
semua potensi anda? Berapa banyak perlu anda pertaruhkan kehidupan sekeliling anda, atau bagaimana anda membahagikan
masa anda? Badan-badan birokrasi yang mengiktiraf kewujudan anda berdasarkan kebolehan anda mematuhi arahan mereka, ekonomi yang mengukuhkan berdasar keuntungan yang
anda perolehi semata-mata, penemuduga JPA yang memaksa
anda menerima “anda boleh jadi apa sahaja” adalah dengan tunduk kepada arahan mereka — adakah ini semua membolehkan
anda mencapai semua keinginan di dalam kehidupan anda berdasarkan kehendak anda sendiri?
Bukan rahsia lagi apabila kita ada kehendak diri sendiri: bukan kerana ia diberikan kepada kita, ataupun bukan diktator
yang paling totalitarian merampas dari kita. Namun apabila kita
mula bertindak untuk diri sendiri, kita berkonflik berhadapan
dengan institusi yang sepatutnya menjamin kebebasan kita.
*** Mulakan
Dengan
Menjawab
Untuk
Diri Sendiri
Pengurus dan pengutip cukai gemar menceritakan
mengenaitanggungjawab diri sendiri. Tetapi apabila kita melihat keseluruhan tanggungjawab peribadi kita, adakah kita akan
mematuhi kata-kata mereka sejak dari mula? Lebih banyak keburukan dilakukan di dalam sejarah adalah kerana patuh kepada
arahan berbanding dengan keengkaran arahan. Senjata semua
ketenteraan di dalam dunia adalah manifestasi fizikal terletak
di atas kesediaan diri kita sendiri untuk menjawab perintah
dari orang lain. Sekiranya anda ingin memastikan anda tidak
menyumbang di dalam peperangan, pembunuhan beramai-ramai atau penindasan, langkah pertama adalah berhenti menerima arahan.
Inilah letaknya nilai anda, juga. Tidak terkira pemerintah dan buku undang-undang, persoalkanlah kepatuhan tanpa
soal anda. Sekalipun anda inginkan serahkan tanggungjawab di
atas keputusan anda kepada sesetengah tuhan ataupun dogma,
bagaimana anda serahkan keputusan di antara kedua-duanya? Suka atau tidak, andalah menentukan keputusan antara
keduanya. Kebiasaannya, manusia membuat pilihannya berdasarkan kebiasaannya ataupun keselesaannya. Kita tidak dapat
melarikan diri dari bertanggungjawab di atas kepercayaan dan
keputusan. Menjawab untuk diri sendiri berbanding kepada
komander-komander atau peraturan-peraturan, kita tetap akan
berhadapan dengan konflik antara satu sama lain, tetapi sekurang-kurangnya kita melakukannya berdasarkan peraturan diri
sendiri, bukannya terbabit di dalam banyaknya tragedi yang
tidak sepatutnya terjadi di dalam memenuhi kehendak agenda
orang lain.
*** Mulakan Dengan
Memiliki Kuasa,
Bukannya
Pemerintahan
Pekerja yang menjalankan kerja-kerja buruh memiliki kuasa; majikan pula mengarahkan mereka membuat kerja,
memiliki perintah. Penyewa bangunan memiliki kuasa; pemilik
yang membenarkan bangunan disewa memiliki perintah. Tiada
penindasan berkaitan dengan kuasa secara umumnya. Banyak
kuasa boleh jadi juga membebaskan: kuasa untuk menjaga
orang yang anda cintai, mempertahankan diri dan menyelesaikan perbalahan, mengemudi kapal layar serta menghayunkan buaian. Terdapat berbagai cara untuk anda meningkatkan
keupayaan anda untuk meningkatkan tahap kebebasan orang
lain juga. Setiap manusia yang bertindak untuk mengecapi keseluruhan keupayaannya dapat memberi manfaat kepada orang
lain. Perintah ke atas orang lain, sebaliknya, merampas kuasa
dari orang lain. Apa yang anda ambil dari mereka, yang lain akan
ambil dari anda. Perintah selalunya datang dari ‘atas’:
Seorang tentera patuh kepada jeneralnya, yang akan
patuh dari Perdana Menteri — Seorang imam mengambil perintah dari seorang nazir, nazir mengambil perintah daripada ulama, ulama mengambil perintah dari mufti, mufti memperolehinya daripada Quran, yang menceritakan perintah dari tuhan — Seorang pekerja menjawab daripada pemilik, pemilik yang
menjawab kepada pelanggan, yang memiliki perintah daripada
wang ringgit.
Kelakian, kebangsaan, perkauman, harta milikan — di
atas puncak semua piramid-piramid ini, kita tidak akan menjumpai penindasan pada struktur sosial. Di dalam masyarakat
ini, kuasa dan perintah sangat berkait rapat sehingga sukar bagi
kita untuk membezakannya: Kita hanya memiliki kuasa sebagai
balasan kepada kepatuhan kita. Tanpa kebebasan, kuasa tetap
tidak berguna.
*** Mulakan
Hubungan
Yang Dibina
Berdasarkan
Kepercayaan
Berbanding dengan perintah, kepercayaan meletakkan kuasa ditangan orang yang menghulurkannya, dan bukan
pada orang yang menerimanya. Seseorang yang telah diletakkan kepercayaan tidak memerlukan pemerintah. Sekiranya seseorang itu tidak layak menerima kepercayaan, dia sepatutnya
tidak dilibatkan di dalam pemerintahan. Dan kepada siapa kita
kurang meletakkan kepercayaan berbanding dengan politikus
dan CEOs?
Tanpa mengenakan ketidak-seimbangan kuasa,
manusia memiliki insentif untuk menyelesaikan konflik sehingga memenuhi kepuasan hati bersama — untuk memiliki
kepercayaan antara manusia. Hierarki membuang insentif tadi,
untuk membolehkan mereka yang memegang pemerintahan
memadamkan konflik.
Paling utama, semangat setiakawan akan terbina
bersama-sama ketika menyokong dan membangkang sesama
sendiri disamping menghormati autonomi masing-masing.
Inipun sudah meletakkan standard yang sepatutnya di dalam
menganalisa semua perhubungan kita. Tanpa sekatan yang
dikenakan ke atas kita hari ini — kerakyatan dan ketidak-sahkan undang-undang, harta milikan dan hutang, korporat dan
struktur organisasi ketenteraan — kita dapat membina kembali
hubungan berdasarkan pertubuhan bebas dan kesefahaman
bersama.
*** Mulakan
Membaik
Hubungan
Sesama
Individu Dan
Masyarakat
“Hak anda berakhir apabila hak yang lain bermula”.
Berdasarkan logik tersebut, lebih ramai manusia yang ada, lebih
sedikit kebebasan. Tetapi kebebasan bukanlah hal kecil di dalam hak peribadi. Kita tidak dapat membezakan hak antara satu
sama lain begitu sahaja. Apabila saya memandu kereta, ia melepaskan pencemaran udara untuk anda bernafas; apabila anda
menggunakan ubat-ubatan farmaseutikal, mereka lepaskan ke
dalam air yang semua orang minum. Sistem yang diterima oleh
orang lain telah dipaksa ke atas anda untuk hidup di bawahnya — tetapi apabila ada orang lain yang mencabarnya, anda berpeluang untuk berunding kembali menngenai realiti anda juga.
Kebebasan anda bermula sebaik saja kebebasan saya
bermula, serta berakhir apabila kebebasan saya berakhir. Kita
bukanlah individu yang terasing. Tubuh kita terdiri daripada
beribu spisis yang hidup secara simbiosis. Bukan hanya sebuah
tubuh yang tertutup, proses ini sentiasa saja berjalan melalui nutriens dan kehidupan mikro tanpa henti-henti. Simbiosis yang
kita hidup juga melibatkan beribu lagi spisis, terhimpun ketika
kita menarik nafas apa yang telah kita hembus keluar. Sekumpulan serigala yang besar, katak yang bising ketika senja juga
adalah individu, sesuatu yang saling bersatu, seperti juga dengan keadaan tubuh badan kita. Bahasa yang bertindak sebagai
komunikasi hanya apabila kita berkongsi kefahaman yang sama.
Seperti itu jugalah idea dan kehendak: kita boleh berkomunikasi dengan idea dan kehendak tadi kerana kedua-duanya adalah
lebih penting dari diri kita. Setiap dari kita terdiri daripada sulitnya tenaga perbezaan yang kelam kabut; semuanya melampaui
kita melalui masa dan ruang. Dalam memilih perkara-perkara
yang perlu difikirkan, kita yang menentukan keputusan hasil
dari pertemuan sesama kita.
Kebebasan bukanlah sesuatu yang digunapakai
atau milikan harta; ia adalah hubungan. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dilindungi daripada dunia
luar, tetapi di dalam cara-cara untuk memaksimumkan segala kemungkinan.
Ini tidak bermakna kita harus mencari persamaan di atas kepentingan diri sendiri, kedua-dua
konflik dan persamaan dapat berkembang dan
memuliakan kita, selagi pemusatan kuasa itu tidak
menjadikan kita terpaksa menerima persetujuan
atau mengubah konflik kepada pertandingan-pemenang-menang-semua. Yang lebih penting adalah kita menghalusi pecahan kecil kebebasan, dan
biarkan ia saling berhubungan sesama kita.
*** Mulakan
Dengan
Kehendak Yang
Merdeka
Membesar di dalam masyarakat, di mana minat kita
bukanlah minat kita sendiri; tetapi yang disemai melalui
iklan dan berbagai-bagai lagi propaganda untuk membiarkan kita terus berlari di atas mesin lari di pasaran.
Terima kasihlah kepada pendoktrinan, manusia senang
dipuaskan hati mereka sendiri dengan melakukan perkara yang akan memudaratkan mereka dalam jangka masa
panjang. Kita terpenjara dengan penderitaan dan keseronokan kita pula adalah kuncinya. Untuk benar-benar bebas, kita perlukan sesuatu modal untuk memproseskan
semua yang menghasilkan kehendak kita. Kemerdekaan
ini bukanlah sekadar memenuhi semua kehendak kita
hari ini, tetapi mengembangkan kepada kita apa yang
tidak mustahil, supaya keinginan kita tadi disalurkan
bersama realiti yang menjadi panduan untuk kita cipta.
Ia bermakna membuang jauh keseronokan yang dipaksa, mendominasi dan memiliki ke atas kita, mencari
keseronokan yang membebaskan kita dari kerosakkan
mesin-mesin ketaatan dan perlumbaan. Sekiranya anda
berjaya melepaskan diri dari apa-apa ketagihan, anda
merasakan erti kata yang sebenar mengenai mengubah
kehendak anda.
*** Mulakan
Dengan
Penentagan
Bigot selalunya menyalahkan perkumpulan yang spesifik
untuk sebuah permasalahan bersistem — Yahudi untuk keuntungan semata-mata kapitalisma, pendatang asing di dalam krisis ekonomi — sama seperti manusia menyalahkan politikus secara individu di dalam korupsi politik. Masalahnya adalah sistem
itu sendiri. Tidak kira siapa pun yang memerintah, mereka
tetap menghasilkan kuasa yang tidak seimbang dan tidak ada
lansung harga diri. Masalah itu bukannya kerana ia rosak, tetapi
memang begitulah sistem itu berfungsi. Musuh kita bukanlah
manusia, tetapi institusi-institusi dan rutin yang mengasingkan
sesama kita dan diri sendiri.
Garis kesalahan yang sama juga berjalan di dalam tamadun kita melalui persahabatan dan hati kita; melalui perhubungan yang berbeza, cara hidup yang berbeza. Apabila kita tidak
mengikuti peranan yang terpaksa kita laksanakan, kita membuka garis kesalahan itu, dan mengajak orang lain untuk membuat pendirian masing-masing. Perkara terbaik adalah dengan
mengelakkan daripada keseluruhan dominasi –tidak mengurus
sistem itu untuk menjadi lebih baik, tidak mengubahkan pangkat mereka yang terlibat dan mereka yang menerimanya, tidak
menstabilkan sistem dengan mereformasikannya. Matlamat
utama protes adalah tidak meminta lebih banyak undang-undang atau pemimpin, tetapi untuk menunjukkan bahawa kita
sendiri dapat bertindak berdasarkan kekuatan kita, menggalakkan mereka yang lain melakukan yang sama dan tidak menggalakkan pihak pemerintah untuk masuk campur. Ini bukanlah
persoalan peperangan — konflik yang selari dengan pihak tentera musuh yang tersusun — tetapi lebih kepada ketidak-taatan
yang merebak.
Tidak cukup hanya dengan edukasi dan perbincangan, menunggu hati dan fikiran mereka yang lain untuk berubah. Sehinggalah idea-idea diluahkan melalui
aksi, berdepan dengan orang lain dengan pilihan yang
konkrit, perbincangan kekal sebagai sesuatu yang abstrak.
Ramai manusia bertindak berdasarkan perbincangan teoritikal, tetapi apabila sesuatu terjadi, apabila
yang dipertaruhkan menjadi tinggi dan mereka dapat
melihat perbezaan yang ketara antara kedua-dua belah pihak yang bertelagah, mereka akan menetapkan
pendirian. Kita tidak perlukan kesamaan, juga bukanlah pemahaman yang menyeluruh seluruh dunia, juga
bukan sebuah peta jalan untuk betul-betul sampai ke
destinasi — cukuplah dengan keberanian untuk berjalan di jalan yang lain.
*** Masalahnya
Adalah
Pengongkongan
Apakah tanda-tanda anda di dalam perhubungan yang
menderakan? Pendera akan cuba mengawal perangai anda
atau cuba mengongkong pemikiran anda; menutup atau mengenakan undang-undang untuk anda mendapatkan maklumat;
menggunakan ugutan atau kekerasan ke atas anda; atau cuba
mengekalkan anda di dalan suasana pergantungan.
Ini semua adalah ciri-ciri perangai seorang yang pendera,
tetapi itu juga sama seperti SKMM, PDRM dan hampir semua
institusi yang menguruskan masyarakat kita. Kewujudan semua
institusi ini adalah berdasarkan idea bahawa manusia perlu
dikawal, diurus dan diperintah.
Lagi besar ketidak-stabilan yang dikenakan kepada kita, lagi
banyak kawalan yang diperlukan untuk mempertahankan mereka. Satu pihak perlukan kuasa yang berterusan, kawalan yang
dijalankan secara ganas ke atas setiap individu: Akta Hasutan,
perkauman, unit SB, pengasingan penahanan, pengasingan
perkauman. Di dalam masa yang sama, ia adalah sesuatu yang
nyata tetapi tidak jelas, dibina ke dalam infrastruktur masyarakat: pengiraan yang menentukan kadar kredit dan premium
insuran, seperti statistik dikumpulkan dan dirumuskan. SKMM
memantau apa yang kita lakukan di laman maya, tetapi ia tidak
kelihatan seperti mengawal realiti kita.
Apabila tidak terbatasnya segala kemungkinan di dalam kehidupan yang telah dikurangkan kepada barisan pilihan yang
mereka tetapkan, tidak ada lagi pertentangan di antara sistem
yang kita hidup dan sistem yang kita dambakan — bukan kerana
kita sudah mencapai kebebasan secara keseluruhan, tetapi adalah kerana kita sudah menyempurnakan apa yang bertentangan. Kebebasan tidak bermakna memilih antara semua pilihan,
tetapi menyelesaikan semua persoalan.
*** Masalahnya
Adalah
Hierarki
Ada berbagai-bagai mekanisma untuk melaksanakan
ketidak-samarataan. Sesetengahnya bergantung dengan aparatus-aparatus pusat, seperti sistem kehakiman.
Sesetengahnya dapat berfungsi secara tidak rasmi, seperti perkumpulan atau pertubuhan lama dan peranan
jantina.
Sesetengah mekanisma adalah terlampau dan sangatlah menghina. Ramai yang masih percaya mengenai hak dari langit untuk raja-raja, sedangkan berabad
lamanya tiada kepentingan pada masyarakat. Sesetengahnya juga masih memikirkan bahawa kita tidak dapat
hidup tanpa mereka. Siapa dapat membayangkan dunia
tanpa milikan peribadi? Semua itu pun adalah struktur
sosial: ia wujud, tetapi bukanlah suatu yang tidak dapat
dielakkan. Kewujudan tuan tanah dan CEO tidak berbezapun dari segi natural, keperluan atau bermanfaat dari
kewujudan seorang emperor.
Semu mekanisma ini dibina bersama, dan saling
memperkuatkan masing-masing. Sejarah perkauman,
sebagai contoh, adalah selari dengan kewujudan kapitalisma: penjajahan, perhambaan, atau garisan perbezaan
warna kulit yang memisahkan pekerja.
Untuk menerangkannya lagi: selagi adanya polis,
siapakah yang anda fikir mereka akan mengganggu? Selagi adanya penjara, siapakah yang akan memenuhnya?
Selagi ada kemiskinan, siapa yang akan miskin? Adalah
naif apabila kita cuba mencapai kesamarataan di dalam
masyarakat yang berhierarki.
Anda boleh mengocok satu dek kad, tetapi ia masih
kad yang sama di dalam satu dek.
*** Masalahnya
Adalah
Sempadan
Sekiranya tentera asing yang menjarah tanah ini,
memotong pokok, meracuni sungai-sungai, dan memaksa kanak-kanak untuk membesar berikrar menyokong mereka, siapa yang tidak akan mengangkat senjata
menentang mereka? Tetapi apabila kerajaan tempatan
melakukan perkara yang sama, golongan patriot begitu
bersemangat pula untuk terus taat, membayar cukai dan
menyerahkan anak-anak mereka.
Sempadan tidak melindungi kita, malah memisahkan kita — mencipta pemisahan yang tidak perlu dengan
golongan yang tidak diingini di samping mengelirukan
pemisahan yang nyata pula di kalangan yang diingini
pula. Zaman purba Athens, tempat yang terkenal sebagai tempat kelahiran demokrasi, hanya sedikit lelaki
yang terlibat di dalam proses politikal; yang memiliki
hamba. Kerakyatan yang dikenakan pula masih diwujudkan antara yang diingini dan yang tidak diingini di dalam
Malaysia.
Kebebasan yang ideal adalah untuk mengembangkan
garisan yang diingini sehingga seluruh dunia disatukan
kepada satu projek besar demokrasi. Tetapi ketidak-samaan telah terbenam di dalam struktur itu sendiri. Di
semua peringkat di dalam masyarakat, beribu sempadan
kecil juga memisahkan kita kepada golongan berkuasa
dan tidak berkuasa; kawalan keselamatan di pintu masuk, kadar kredit, harga kawalan. Kita perlukan borang
ke atas milikan yang tidak diberikan kepada yang tidak
diingini, yang tidak memusatkan kuasa dan keabsahan
undang-undang, yang tidak mengurung ketidak-sefahaman ke atas golongan komuniti berpagar.
*** Masalahnya
Adalah
Perwakilan
Anda hanya dapat memiliki kuasa dengan mengamalkannya; anda hanya dapat belajar mengenai minat
anda adalah dengan bertindak ke atas minat itu. Apabila
semua usaha untuk menggunakan kuasa di dalam dunia perlu disalurkan ke arah perantaraan wakil atau diterjemahkan kepada protokol institusi, kita akan menjadi
terasing antara satu sama lain dan juga potensi kita. Setiap aspek agensi yang kita hasilkan akan muncul sebagai
sesuatu yang kita tidak kenal dan berbahaya kepada kita.
Politikus yang selalu mengecewakan kita akan hanya
muncul apabila kuasa yang kita beri kepada mereka; keganasan polis yang gelap hasil dari keinginan kita untuk
mengelak tanggungjawab peribadi di atas di dalam kawasan kejiranan kita.
Di dalam era digital, apabila semua orang perlu bertindak terus menerus pengurusk imej di mata umum, reputasi kita akan menjadi luaran. Sekiranya kita tidak diasingkan sesama kita, kita terpaksa bersaing sesama kita di
dalam pasaran professional dan sosial, adakah kita akan
melabur banyak masa dan tenaga untuk profil politikus
tadi, anak lembu emas di dalam imej kita sendiri?
Kita tidak akan dapat dikurangkan. Tiada delegasi
ataupun penghalang yang dapat menghalang kita. Di
dalam mengurangkan manusia kepada demografik dan
pengalaman kasar kepada data, kita hilang pandangan di
atas segala yang berharga dan unik di dalam dunia. Kita
perlukan kehadiran, dekat, sentuhan lansung sesama
sendiri, kawalan lansung ke atas kehidupan kita — perkara yang tidak ada wakil atau perwakilan yang dapat
laksanakan.
*** Masalahnya
Adalah
Pemimpin
Kepimpinan adalah ketidak-aturan sosial di mana
majoriti peserta di dalam kumpulan itu gagal untuk
mengambil inisiatif atau berfikir secara kritikal di dalam
tindakan mereka. Selagi kita memahami agensi sebagai milikan individu yang spesifik berbanding dengan
hubungan sesama manusia, kita akan sentiasa bergantung dengan kepimpinan — dan di bawah sifat kasihan
mereka. Contoh kepimpinan yang biasa tetapi sesuatu
yang berbahaya adalah korupsi yang nyata, di sebalik
kualiti terpuji mereka hanyalah akan menguatkan status
mereka dan kehormatan yang lain, tidak perlu menyebut
sahnya kepimpinan itu sendiri.
Apabila polis muncul ketika protes, soalan pertama mereka selalunya adalah “Siapa yang bertanggung
jawab?” — bukanlah kerana kepimpinan itu wajib di dalam tindakan kolektif, tetapi hanyalah ia melambangkan
kelemahan. Penjarah menanyakan perkara yang sama
ketika mereka sampai kononnya Dunia Baru; di mana
ada jawapan, itu menyelamatkan mereka dari masalah
yang berat menundukkan populasi yang terjarah. Selagi
ada ketua, dia boleh digantikan, ditukar, atau dijadikan
tebusan. Paling bagus sekalipun, bergantung dengan
kepimpinan adalah kaki yang sakit; paling buruk pula,
ia menghasilkan kepentingan kepimpinan dan struktur
kuasa dalaman yang menentang mereka. Adalah lebih
baik sekiranya semua orang ada agendanya sendiri dan
merasakan dia memiliki agensi sendiri.
*** Masalahnya
Adalah
Kerajaan
Kerajaan menjanjikan hak-hak, tetapi mereka hanya mengambil kebebasan. Idea hak-hak tersebut dicadangkan oleh
pemusatan kuasa untuk memberi dan melindungnya. Apa sahaja kerajaan cukup berkuasa untuk menjamin, ia juga cukup
berkuasa untuk mengambilnya semula. Kerajaan tidak menghasilkan kuasa dari entah mana — kuasa kita yang mereka ambil
di parlimen.
Demokrasi yang paling liberal turut berkongsi prinsip yang
sama seperti autokratik yang menindas: pemusatan kuasa dan
kesahihan undang-undang di dalam memonopoli struktur kuasa. Samada birokrasi yang mengendalikan struktur akan melaporkan tugas kepada raja-raja, perdana menteri, ataupun pilihanraya. Undang-undang, birokrasi, dan polis; mereka berfungsi
sama seperti demokrasi di dalam pemerintahan diktator. Yang
membezakan hanyalah, kita boleh mengundi siapa yang menguruskan semua, kita terpaksa menganggap mereka sebagai
milik kita — sekalipun semua ini untuk menentang kita.
Pemerintahan diktator mewarisi sesuatu yang tidak stabil:
anda boleh dibunuh, dipenjara, dan mengawal minda seluruh
generasi dan keturunan anda terpaksa mula mencipta perjuangan untuk kemerdekaan yang baru. Tetapi janji setiap manusia
akan peluang untuk melaksanakan kehendak majoriti ke atas
manusia lain, anda juga akan mendapati mereka semua bersama-sama membela sistem yang mencampakkan mereka untuk
bertelagah sesama sendiri. Lagi kuat pengaruh manusia fikirkan
mereka berkuasa daripada institusi kerajaan yang menindas,
lagi popular institusi itu akan menjadi. Agaknya inilah yang menerangkan bagaimana pengembangan demokrasi global yang
bertembung dengan ketidak-samarataan yang melampau di
dalam agihan sumber dan kuasa.
Apabila kuasa dipusatkan, manusia terpaksa melebarkan
penguasaan ke atas orang lain untuk mencapai sebarang pengaruh ke atas tujuannya sendiri. Perjuangan pemerintahan
sendiri disalurkan kepada pertandingan merebut kuasa politik:
saksi kepada perang saudara di negara selepas era kolonial antara sesama manusia yang dulunya hidup dalam keadaan aman.
Siapa yang memegang kuasa hanya dapat mengekalkan kuasa
dengan melancarkan perang yang dirancang ke atas rakyatnya
sendiri sama seperti orang asing.
Di mana saja ada hierarki, ia akan melebihkan mereka yang
berada di atas di dalam pemusatan kuasa. Mencipta kawal dan
selia di dalam sistem hanyalah bermakna pergantungan ke atas
perkara yang sepatutnya dilindungi daripada perlindungan.
Satu saja cara untuk gunakan kuasa ke atas pemerintah tanpa
terhumban di dalam permainan mereka adalah dengan membina jaringan melintang yang bertindak secara pemerintahan
sendiri. Apabila kita cukup berkuasa untuk memaksa pemerintah untuk memberi perhatian kepada kita secara lebih serius,
kita sudah cukup berkuasa untuk menyelesaikan permasalahan
kita tanpa mereka.
Tiada lagi jalan kebebasan melainkan jalan kebebasan. Daripada sesebuah agensi yang menyempit, kita perlu kepada tempat yang lebih luas untuk melaksanakan kuasa. Daripada sesuatu matawang untuk berurusan secara sah, kita perlukan ruang
untuk berbagai-bagai naratif. Di tempat yang mewariskan penindasan di dalam kerajaan, kita perlukan struktur pembuat
keputusan yang mempromosikan pemerintahan sendiri, dan
melaksanakan pertahanan diri sendiri yang akan mengenepikan
bakal pemerintah yang sedang menanti.
*** Masalahnya
adalah
Keuntungan
Duit adalah mekanisma yang ideal untuk melaksanakan
ketidak-samarataan. Ia adalah abstrak: ia nampak sesuatu yang
boleh mewakili semua perkara. Ia adalah seluruh dunia: manusia
tidak akan ada apa-apa yang sama kecuali ia adalah fakta kehidupan. Ia adalah aliran: lagi mudah ia bertukar posisi di dalam
hierarki, lagi stabil hierarki itu sendiri.
Apabila semua nilai ditumpukan kepada satu instrumen
tunggal, sekalipun tidak dapat dipulihkan keadaan hidup kita.
Semuanya tidak dapat diukur secara kewangan yang merudum
jatuh. Hidup menjadi huru hara dengan keuntungan kewangan:
masing-masing bertentangan, menjual atau terjual.
Untuk membuat keuntungan: bermakna menguasai kawal
ke atas sumber sosial relatif kepada orang lain. Kita tidak dapat
untung semua sekali; untuk seorang yang untung, seorang
lain terpaksa rugi. Apabila pelabur untuk ke atas tenaga buruh
pekerja, ini bermakna lebih berat kerja bagi pekerja, lebih lebar
perbezaan kewangan antara mereka.
Sistem yang berasaskan keuntungan menghasilkan kemiskinan selari dengan kemewahan yang terkumpul. Tekanan
untuk bersaing menghasilkan inovasi lebih cepat berbanding
sistem terdahulu, tetapi dalam masa yang sama ia menghasilkan jurang yang semakin membesar. Oleh kerana semuanya harus mengejar keuntungan berbanding dengan pencapaian demi
diri mereka sendiri, hasil semua tenaga buruh menjadi lebih mudarat. Perubahan iklim hanyalah siri-siri bencana yang terbaru
terjadi sehingga kapitalis yang paling berkuasa menjadi tidak
berupaya untuk menghalangnya. Sememangnya, kapitalisma
tidak menganugerahkan usahawan untuk menyelesaikan krisis,
*** Masalahnya
adalah
Pemilikan
Asas pembinaan kapitalisma adalah hak milikan — satu lagi
struktur sosial yang kita warisi dari raja-raja dan aristokrat-aristokrat purba. Milikan berubah tangan lebih laju hari ini, tetapi
konsepnya tetap sama: idea pemilikan yang mengesahkan
penggunaan kekerasan untuk melaksanakan ketidak-seimbangan palsu untuk memiliki tanah dan sumber.
Sesetengah manusia membayangkan milikan dapat wujud
tanpa organisasi kerajaan. Tetapi hak milikan adalah tidak bermakna tanpa pemusatan pemerintahan yang melaksanakannya — dan selagi pemusatan pemerintahan wujud, tiada yang
benar-benar milik anda, juga. Duit yang anda dapat dikeluarkan
oleh organisasi kerajaan, tertakluk di bawah cukai dan inflasi.
Milikan kereta anda juga dikawal oleh JPJ. Rumah anda bukanlah milik anda, tetapi bank yang memberikan anda pinjaman
perumahan; walaupun anda menguasai hak menduduki rumah
itu, pasaran kawasan pula melebihi semua kebaikan.
Apa yang diperlukan untuk melindungi perkara yang penting untuk kita? Pemerintah hanyalah wujud di atas nilai yang
mereka ambil dari kita; mereka akan selalu mengambil lebih dari
yang mereka beri. Pasaran hanyalah memberi hasil kepada kita
setelah mencekik darah saudara kita, dan orang lain mencekik
darah kita. Yang benar-benar menjadi insuran adalah ikatan sosial kita; jikalau kita mahukan keyakinan akan keselamatan kita,
kita perlukan jaringan usaha persefahaman yang akan mempertahankan sesama sendiri.
Tanpa duit atau hak milikan, hubungan kita kepada benda
ditentukan oleh hubungan sesama kita. Hari ini, ia berlaku sebaliknya; hubungan sesama kita adalah ditentukan oleh hubungan kita dengan benda. Menjauhkan kita dari milikan tidak
bermakna kita kehilangan semua milikan kita; ia hanyalah bermakna tiada siapa yang menjadi pengawal ataupun kejatuhan
harga saham yang akan mengambil semua perkara yang kita
bergantung dengan. Di sebalik menjawab kepada birokrasi, kita
mulakan dengan keperluan manusia; di sebalik mengambil kesempatan atas satu sama lain, kita mengejar manfaat atas kebergantungan bersama.
Ketakutan penipu yang paling besar adalah masyarakat
tanpa milikan — kerana tanpa milikan, dia hanya mendapat
penghormatan yang sepatutnya dia berhak terima. Tanpa duit,
manusia hanya dinilai apa yang disumbangkan pada orang lain,
bukannya merasuahkan orang lain untuk melakukannya. Tanpa
keuntungan, semua usaha adalah berdasarkan apa yang diusahakan, jadi tiadalah insentif yang tidak bermakna atau aktiviti
yang memusnahkan. Perkara yang penting di dalam hidup seperti — minat, setiakawan, kemurahan hati — tersedia dengan banyaknya. Ia mengambil keseluruhan batalion polis dan perunding
hartanah untuk mengenakan kekurangan yang memerangkap
kita di dalam kehidupan berlumba-lumba ini.
*** Jenayah Terakhir
Setiap arahan yang dibuat atas jenayah menentang
arahan sebelumnya — jenayah yang menyelesaikannya.
Selepas itu, satu arahan baru diterima sebagai sesuatu
yang sah, dan manusia akan mula mengambilnya dengan mudah. Punca jenayah pada kemerdekaan Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak adalah penentangan ke
atas Ratu England. Punca jenayah masyarakat yang
akan datang, apabila kita berjaya melaksanakannya,
adalah dengan meninggalkan undang-undang dan institusi-institusi sekarang.
Kategori jenayah memegang semuanya yang
melampau dari keupayaan masyarakat — yang terburuk dan yang terbaik. Setiap sistem dihantui oleh sesuatu yang ia tidak dapat dikorporatkan dan dikawal.
Setiap arahan mengandungi benih-benih kehancurannya sendiri.
Tiada yang kekal selamanya; seperti juga empayar
dan tamadun. Tetapi apakah yang dapat menggantikan sistem sekarang? Bolehkah kita bayangkan arahan
yang ideanya tidak membahagikan kehidupan kepada
yang disahkan dan ketidak-sahkan undang-undang,
peraturan dan jenayah, pemerintah atau diperintah?
Apakah yang sepatutnya menjadi jenayah terakhir?
----
**ANARKI** adalah apa yang terjadi apabila arahan tidak dikenakan
melalui paksaan. Ia adalah kebebasan: proses yang berterusan memperbaharui diri kita dan hubungan kita. Apa saja proses atau fenomena
wujud secara bebas — hutan belantara, kelompok persahabatan, tubuh
badan anda — adalah anarkik harmoni yang wujud daripada perubahan
yang sentiasa berlaku. Kawalan dari atas ke bawah, sebaliknya, hanyalah
mengekalkan kongkongan dan penindasan: disiplin yang berbahaya kepada bilik tahanan sekolah, kilang perladangan di mana racun perosak
mempertahankan barisan jagung yang diubah genetiknya, rapuhnya
hegemoni kuasa besar.
**ANARKISMA** adalah idea bahawa semua orang berhak untuk
mendapat kehendak dirinya sendiri secara sepenuhnya. Tiada undang-undang, pemerintah ataupun proses membuat keputusan yang
lebih penting daripada keperluan dan kehendak sebenar seorang manusia. Manusia perlu bebas untuk membentuk hubungannya berdasarkan
kepuasan persefahaman bersama, bangun mempertahankan diri sendiri
yang bersesuaian. Anakisma bukanlah dogma atau rangka kerja. Ia bukanlah sistem yang semestinya berfungsi dengan sempurna apabila diaplikasikan dengan betul, seperti demokrasi, ataupun tujuan yang perlu
dilaksanakan untuk masa yang terlalu ke depan, seperti komunisma. Ia
lebih kepada bagaimana kita bertindak dan berkaitan dengan apa yang
perlu kita laksanakan sekarang. Sebagai rujukan pada mana-mana nilai
sistem atau cara tindakan, kita mulakan dengan bertanya: Bagaimana ia
mengagihkan kuasa?
**ANARKIS** menentang semua bentuk hierarki — semua matawang
yang menumpukan kuasa di tangan mereka yang sedikit, semua mekanisma yang memisahkan kita dari potensi kita. Menentang sistem
yang tertutup, kita menghargai sesuatu yang tidak kita ketahui, keributan
di dalam diri kita adalah nilai yang membolehkan kita hidup merdeka.
*** CrimethInc.
Projek ini dibawa oleh **CrimethInc.** Sebuah rangkaian
antarabangsa oleh para revolusioner yang bercita-cita
tinggi. Anda boleh mendapatkan contoh-contoh kerja
kami di crimethinc.com — termasuklah buku, filem, podcast dan juga laporan lansung mengenai kebangkitan di
seluruh dunia.
Kami menghasilkan keseluruhan text ini berdasarkan
kerjasama dengan seluruh komrad di kelima-lima
benua; beratus sukarelawan yang membiayai keseluruhan kos percetakan sehingga anda dapat memegangnya di tangan anda.
Anda juga boleh mendapatkan versi digital, rakaman
video sumbangan [[https://subMedia.tv][subMedia.tv]], dan banyak lagi sumber
di **[[https://tochangeeverything.com][tochangeeverything.com]]**, di mana anda dapat memesan lebih banyak naskah pada harga pos sahaja.
*** Jangan
Bergantung
Pada Dunia
Lama
Apabila kami melihat semua perbezaan
institusi-institusi dan mekanisma yang
mendominasi wujud persamaan, sudah
semakin jelas bahawa perjuangan kecil
kami secara individu adalah sebuah
bahagian daripada sesuatu yang
lebih besar dari kami, sesuatu yang
boleh menghubungkan kita. Apabila
kita bersama-sama di dalam asas
perhubungan ini, segalanya berubah:
bukan saja perjuangan, malah rasa semua
usaha, kapasiti kita untuk bergembira,
rasa hidup kita lebih bermakna. Apa yang
diperlukan adalah menyatukan sesama
kita untuk mula bertindak berdasarkan
logik yang berlainan.
Untuk
Mengubah
Semuanya,
Mulakan Di
Mana-Mana
Sahaja