Zine /ziːn/

Zine adalah karya yang dihasilkan sendiri dan diterbitkan dalam skala kecil. Zine selalunya diisi dengan tulisan, gambar, dan apa-apa kandungan yang menarik, berdasarkan tema yang tertentu. Ada beberapa bentuk zine yang sering dihasilkan, biasanya dalam bentuk A5 (kertas A4 lipat dua).

Selalunya untuk menghasilkan zine, kita hanya memerlukan kertas, pen, gunting, kadang-kala gam, benang, jarum dan beberapa peralatan kreatif lain.

Bulan Zine Antarabangsa disambut setiap tahun pada bulan Julai. Ramai yang meraikannya dengan menghasilkan zine baru, menganjurkan pesta zine, membuat aktiviti dengan zine.

Untuk tulisan kali ini, kami mewawancara beberapa pembikin zine perempuan yang telah menghasilkan zine untuk menyampaikan dakwah kemanusiaan dan anarkisme melalui cara mereka sendiri. Kita bersama dengan Ieda, Sarajevo dan Anjani.

Ieda merupakan editor zine PARAGILA yang menetap di Kuala Lumpur. Suka makan kuih koci sambil membaca zine. Mahu berbual tentang tumbuhan dan seni, boleh hubungi di Instagramnya: @thetinkercat.

Sarajevo merupakan editor zine Distopia yang menetap di Kuala Lumpur. Kembali aktif menulis setelah beberapa tahun berehat serta fokus pada pekerjaan. Kini giat mencari bakat muda untuk projek kolaborasi serta mendapatkan material bagi isu yang akan datang. Sarajevo boleh dihubungi melalui email zinedistopia@gmail.com atau Instagram @distopia_zine.

Anjani kini aktif bersama Anti Feminist Feminist Club, sebuah blog kolektif yang menghasilkan tulisan anarko-feminisme dalam Bahasa Indonesia. AFFC mencuba untuk mengumpulkan tulisan anarko-feminisme dalam Bahasa Indonesia dari Internet, dan menghasilkan artikel baru.

Apakah kenangan paling indah apabila anda membuat zine?

Ieda: Pergi interview budak-budak yang join critical mass! Lepas tu bila siap, orang excited dan lepak mamak borak and sembang pasal content zine dengan orang yang bukan dalam circle buat zine.

Sarajevo: Kenangan paling seronok waktu Sara mula menulis JSL sekitar tahun 2009 atau 2010. Gamble ja buat sendiri dengan zero knowledge tak tahu menahu langsung nak mula dari mana dan belajar apa itu konsep DIY. Kebiasaannya Sara berjaga sampai pagi sebab melayan kerja-kerja cut and paste. Bila ingat balik rasa jahat jugak la sebab tak buat homework sekolah tapi gigih duk melayan zine. Sara jadikan zine sebagai hiburan untuk lari dari hal-hal tipikal. Ecewahhh! Walaupun pulangan tak seberapa rasa puas tu yang membuatkan kita nak teruskan menulis. Kalau Sara pergi gig, Sara akan bawa beberapa salinan dan tinggalkan atas meja untuk bagi secara free. Niat pada mulanya nak cari kawan-kawan networking. Sampai satu tahap Sara berhenti menulis sekejap sebab nak berehat kemudian kembali dengan zine baru berjudul Distopia. Dulu atau sekarang perasaan masih sama seronok. Lebih-lebih lagi bila orang pick up content yang kita cuba sampaikan, kita temu bual lebih ramai orang yang berbakat, masing-masing ada kisah menarik dalam hidup. Benda cenggini rare doh! Rugi kalau tak record.

Anjani: Di waktu malam, apabila tiada orang dan tiada satu bunyi sekalipun.

Apakah kenangan yang paling anda tidak gemari apabila membuat zine?

Ieda: Stress bila [orang] kedai printer salah print!

Sarajevo: Kenangan paling tak best bila zine kita tak sampai pada penerima. Sara pernah dituduh rip off orang padahal kita memang sudah pos zine. Cabaran khidmat pos biasa ni ibarat berjudi jugak la! Hahaha. Seperkara yang tak best bila zine dicetak ada masalah. Weh geram! Pernah terjadi waktu (Kuala Lumpur Zine Fest) KLZF 2017, Sara bawa zine untuk dijual pada hari kejadian dan bila belek-belek muka surat dalam ada masalah teknikal. Mujurlah kedai printing ganti semula kesemua zine yang rosak tu. Jadi sekarang nak atau tak nak memang kena check dulu zine sebelum tinggalkan kedai printing untuk elakkan masalah sebegini terjadi. Kenangan tak best macam banyak pulak ek. Okay last. Ada someone datang ke rumah Sara! Benda tak kelakar dan angker sebab dia cakap nak jumpa bapak dan disebabkan alamat yang tertera dalam zine! Selepas insiden ini Sara lebih berhati-hati bila berurusan dengan sesiapa pun. CEMAS!

Anjani: [Tidak suka] Buat zine di waktu hari panas!

Apakah zine pertama yang anda baca?

Ieda: Zine oleh Kaka Perawan. Contentnya genuine dan dapat vibe gadis-gadis 90s dan awal 2000!

Sarajevo: Zine pertama yang dibaca adalah Homesick. Zine ini adalah kompilasi cerita-cerita personal editor zine di Malaysia. Inilah zine yang buatkan Sara jatuh cinta untuk menulis disebabkan content santai dan tidak terlalu serius seperti akhbar and buku teks sekolah! Sara dapat zine ni dari Nizang dan sangat-sangat recommend untuk orang baca zine ni sebab ringkas, layout simple, dan tak tebal. Korang boleh habiskan zine ni kurang dari sejam.

Anjani: Saya lupa apa zine pertama yang saya baca. Tetapi saya ingat kali pertama saya menemui zine anarkis di rumah seorang kawan. Ada banyak sekali zine-zine seperti itu. Ada zine yang ditulis oleh kolektif mahasiswa, anarko-feminis dan kumpulan lain, tetapi kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Saya amat gembira kerana [zine tersebut] tidak tebal seperti buku dan saya boleh membacanya dalam masa yang singkat. Zine pertama yang saya hasilkan semula dalam versi Bahasa Indonesia adalah dari Prole.Info berjudul Work, Community, Politic, War. Saya rasa kandungannya sangat dekat dengan diri saya, terutamanya di halaman 1-7, mereka menceritakan tentang keadaan pekerja. Saya amat menggemari illustrasi mereka. Sangat rekomen untuk dibaca!

Zine terbaru yang anda baca?

Ieda: Distopia dan Kontradiksi!

Sarajevo: Zine terbaru Fagiyu #6 dan edisi Setahun Hanya Sekali. Sara suggest semua beli dan baca zine ni sebab content up to date contohnya ulasan gig Grrrls On The Run pada bulan Mac lepas. Mereka bercakap soal penganjuran gig dan mereka juga menitik beratkan soal safe space dalam acara. Isu dalam edisi tersebut vital sebagai peringatan kita semua khusus sebelum menganjur sebarang acara. Pada Sara sangat penting untuk semua orang tahu, faham dan sedar tentang sesuatu proses.

Anjani: Sejak kebelakangan ini, saya menjumpai bacaan secara online (yang masih lagi kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris) dan saya tertarik dengan zine bertajuk Inhabit.Body: A Strength And Conditioning Guide. Zine ini berkait dengan perkara yang sering saya elakkan [ketawa]. Saya fikir ada baiknya masalah ini diketengahkan kerana saya ingin melihat diri saya dan komuniti saya lebih kuat dari aspek mental dan fizikal.

Harapan untuk zine scene di masa akan datang, terutama untuk zinester perempuan?

Ieda: Semoga lebih ramai semestinya. Bila ramai, lagi meriah dan lagi meluas genre zine!

Sarajevo: Harapan Sara zinester perempuan serata dunia akan terus bergiat aktif mengikut keselesaan masing-masing. Inilah platform yang kita ada untuk berkarya dengan bebas. Tak ada masalah kita produce zine masakan ke, literature, arts atau apa-apa lah selagi tidak bertentang prinsip yang negatif. Kita beli dan baca zine disebabkan kita support. Tak perlu jadikan zinester perempuan sebagai mileage dalam scene, anggap zinester perempuan sebagai orang ‘cool’. Pada aku semua orang sama, semua orang boleh jadi cool, semua orang boleh menulis. Berhenti berbudaya seksis. Kita nak memperkasakan semua orang tanpa perlu menilai luaran mereka. Sebagai contoh, kita boleh ja encourage mereka yang baru menulis zine. Bukan pasal kita acah-acah otai, nope. Kenapa aku katakan encourage? Sebab pengalaman/feedback/sokongan mereka dapat pada awalnya nanti yang akan bantu mereka pergi jauh, lebih bersemangat. Semua orang melalui proses sama iaitu belajar. Kalau first impression kita dah bajet power, bawak perangai seniority, condemn pulak zine orang tak cukup punk, sedangkan penulis tak pernah claim apa-apa. Orang pun meluat! Kalau ada hal yang bercanggah boleh aja berbincang dulu. Tak jadi masalah pun. Yang penting kita betulkan kesilapan kita sekiranya salah, jangan ada hasad dengki, jangan sabotaj orang. Stop pitting against each other! Tak sangka tahun ini mencabar disebabkan Covid-19! Sara harap dalam masa terdekat atau akan datang ini dapat anjurkan Grrrl zine fest dengan kawan-kawan lain.

Anjani: Saya berharap agar lebih ramai pembikin [zine] perempuan dan bukan lelaki dalam komuniti kita kerana ruangan anarkis dan forum perbincangan seringkali dipenuhi dengan lelaki dan maskuliniti. Saya berharap untuk melihat lebih ramai banyak ruangan inklusif dan lebih banyak perempuan dan bukan lelaki yang berani mengisi ruangan tersebut. Juga, saya berharap agar lebih ramai teks anarkisme dan komunis libertarian dihasilkan dalam bahasa ibunda kita sendiri! Semangat!