Title: Mengapa Kita Memecahkan Tingkap?
Language: Bahasa Melayu
Publication: Gocoh!
Date: 2017
Source: Retrieved on 2021-01-07 from https://gocoh.noblogs.org/mengapa-kita-memecahkan-tingkap-bahagian-i/ https://gocoh.noblogs.org/mengapa-kita-memecahkan-tingkap-bahagian-ii/ https://gocoh.noblogs.org/mengapa-kita-memecahkan-tingkap-bahagian-iii-akhir/
Notes: Diterjemah dan diadaptasi oleh Kon Zing dari “Why Break Windows” tulisan Armeanio Lewis.

I

Serangan adalah detik paling indah yang dapat dirasakan bagi seorang anarkis. Merasakan adrenalin mengalir dengan laju di saat anda meluru ke arah sebuah tingkap dengan sebiji batu di tangan, atau saat-saat sebelum menyerang polis dengan penumbuk anda. Menanam bom, menarik picu, melaungkan slogan “FUCK THE POLICE!”

Serangan merupakan satu pengalaman yang tiada tolok bandingnya – pengalaman yang ramai di antara kita idam-idamkan, dan ramai juga di antara kita yang pernah melaluinya. Dengan hanya berfikir tentang saat dan pengalaman itu sahaja cukup untuk membuatkan kita tidak senang duduk dan mendidihkan darah dalam badan. Menggambarkan diri kita sedang melempar bom petrol yang dinyalakan ke arah barisan polis kawalan rusuhan adalah salah satu impian dan angan-angan paling menghiburkan yang kita semua miliki.

Ia adalah satu idea yang paling berkuasa, dianggap paling berbahaya dan penuh dengan kontroversi, sehingga ramai di kalangan rakan-rakan kita sendiri tidak sepenuhnya bersetuju dan cuba berusaha untuk memadamnya. Mereka memberitahu kita bahawa kita tidak akan boleh meruntuhkan hubungan sosial dengan api dan letupan, tetapi telah berulang kali kita menunjukkan kepada mereka bahawa kita menikmati dan berseronok dengan percubaan tersebut.

Serangan anarkis adalah sebuah tradisi, dan merupakan batu asas kepada pembinaan sebuah dunia anarki. Tanpa serangan untuk melaksanakan hasrat dan impian kita, siapalah kita melainkan hanya sekelompok penganut Marxis yang tersakiti, berterusan merayu-rayu kepada kelas pekerja untuk menjadi pengikut kita? Tanpa serangan, kita hanyalah sekumpulan elit politik, yang terus-menerus memandang rendah kepada budak-budak yang berada ‘di bawah’ kaki kita dengan harapan mereka akan ikut bergabung dengan ‘barisan’ kita – dengan menghantar surat keahlian, melanggan buletin berita ringkas mengenai gerakan kita, atau menyertai senarai e-mel kumpulan kita.

Samalah juga apabila kita memaksa mereka untuk ikut menyanyikan lagu-lagu protes dan melaungkan slogan perlawanan kita yang membosankan tentang ‘kuasa kelas pekerja’. Kita hanyalah makhluk yang mahir menggunakan perkataan-perkataan yang ‘canggih’ dan ‘rumit’ serta hanya mampu bercakap, bercakap, dan bercakap tak henti-henti.

Serangan bertindak sebagai sebuah reaksi terhadap ketegangan berterusan di antara mereka yang di bawah dengan yang di atas. Pengisytiharan kebencian kita adalah satu tindak balas terhadap penindasan yang tidak wajar, melawan aturan sosial yang semakin kuat membelit leher kita. Bom yang kita tanam bukan hanya untuk menghasut atau memancing reaksi masyarakat, tetapi untuk mempertahankan diri kita dari keganasan yang pihak berkuasa mulakan dahulu terhadap kita.

Belenggu nilai-nilai sosial dan harta benda yang mencengkam diri kita, menutup pintu untuk mengurung diri kita yang unik dan yang lain dari yang lain, mengisytiharkan kita sebagai penjenayah dan makhluk perosak untuk dihancurkan di bawah kezaliman negara, eksploitasi kapitalisme, dan penghinaan seksual. Begitu banyak kekuasaan yang menekan kita dengan harapan ia dapat mengikat kaki kita, supaya kita dengan rela hatinya bekerja separuh mati dan menjadi hamba abdi menuju kematian dan kepupusan demi keuntungan dan kuasa.

Mereka memijak dan menekan-nekan kasut but mereka yang tebal itu di atas kepala kita, menggunakan tangan mereka untuk mencekik leher kita, serta menghunus pisau ke celah kangkang kita, dan mereka masih lagi tertanya-tanya mengapa kita bertindak balas dengan begitu ganas!

Namun di sebalik reaksi dan ketegangan ini, kita masih lagi melakukan kerja-kerja untuk musuh kita. Menjadi tali barut pihak berkuasa dan mengejek rakan-rakan seperjuangan, membiarkan mereka mereput di dalam penjara sendirian tanpa kasih sayang dan sokongan, masih lagi membiarkan para liberal memberi arahan dan memerintah kita kerana kita tidak memenuhi kriteria yang mereka kehendaki untuk masuk ke dalam pucuk kepimpinan kumpulan mereka yang penuh dengan para elitis. Mengkhianati komrad-komrad lain kerana garis ideologi dan prinsip-prinsip dogmatik yang tidak selari dengan kita. Solidariti juga boleh mati, bahkan pada saat-saat di mana ia paling diperlukan untuk membakar semangat kita.

Pada saat ini, kita telah berdepan dengan realiti yang tidak jelas di antara mana satu perkara yang benar dengan yang salah, di mana para liberal telah mengaburi serta mengambil alih ‘perjuangan’ dan ‘perlawanan’ tanpa kekerasan yang mana ia hanyalah satu lakonan semata-mata – yang mana semakin lama semakin sedikit jumlah orang yang masih berpegang kepada idea tersebut.

Pada saat ini, bom petrol sedang dilempar di Amerika. Pada saat ini, para anarkis di Bristol sedang memperlihatkan ketangkasan mereka berjuang di bawah tekanan kerajaan dan ketakutan yang diciptakan oleh negara. Pada saat ini, kita merasakan bahawa anarkisme nihilis yang sebelum ini adalah sebuah konsep yang asing, kini menjadi semakin popular di dalam gerakan-gerakan sosial. Pada saat ini, idea-idea Murray Bookchin benar-benar menjadi realiti serta memberi ilham dan inspirasi kepada sebuah revolusi yang sedang berjalan di Rojava. Kita sebenarnya sedang menahan nafas kita, bersenandung dengan tenang sebelum ketegangan tersebut meledak dan meletup.

Jadi anda bertanya: mengapa kita memecahkan tingkap? Secara ringkasnya, mengapa tidak? Namun, sebelum kita menjawab persoalan anda:

Ketegangan Anarkis

Sewaktu anda masih kecil dahulu, ingatkah anda kepada perasaan marah, geram, terganggu, dan gelisah anda apabila ibu bapa atau penjaga anda mengarah-arahkan anda di rumah? Menyuruh anda mengemas alat permainan yang bersepah, membuat kerja-kerja rumah, dan diperintah untuk sentiasa menghormati orang yang lebih tua dari anda? Mereka menerapkan konsep kekuasaan yang ‘sah’ kepada diri anda padahal ia sebenarnya palsu; sebuah lakonan yang penuh dengan tipu daya dan helah supaya anda akan tetap menurut segala perintah mereka.

Mungkin anda tidak sedar bahawa anda sebenarnya adalah seorang kanak-kanak mentah yang dipenuhi dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak – seorang anak kecil yang suka menjelajahi dunia yang penuh dengan cabaran ini. Pada saat itu – atau sekarang, bergantung kepada usia anda, anda pasti pernah merasai ketegangan tersebut.

Rasa marah yang terpendam, perasaan geram yang mendidih-didih di dalam diri anda pasti akan membuatkan anda mahu menjerit, “TIDAK!” Ia pasti terasa seperti hal yang remeh dan kecil sekarang, tetapi adakah ia benar-benar hal yang ‘remeh dan kecil’ atau adakah ia sebenarnya adalah renungan kepada masa depan anda sekarang?

Di sekolah, di tempat kerja, atau di bandar kita dapat melihat dan merasakan ketegangan ini di mana sahaja. Ketika seorang murid perempuan tidak mahu menurut arahan yang diperintahkan oleh guru-guru sekolah terhadapnya kerana kain yang dipakainya ‘terlalu pendek’ dan ‘akan menarik perhatian murid-murid lelaki’. Ketika bos anda menuntut anda untuk bekerja lebih banyak apabila prestasi kerja anda merosot kerana anda ‘nampak seperti tidak ada usaha untuk memberikan tumpuan 100% terhadap kerja anda’. Ketika polis mengacukan pistol ke arah individu berkulit hitam semata-mata di atas kesalahan berjalan di kaki lima di kawasan di mana masyarakat sekeliling tidak menerima mereka, padahal mereka tidak mengganggu sesiapa pun.

Ketegangan adalah pembentukan konsep kita terhadap kekuasaan yang terhasil di antara dua pihak lawan yang saling bertentangan. Kulit putih lawan kulit hitam, kerajaan dan negara lawan para penjenayah, masyarakat lawan individu. Ketegangan adalah bagaimana kita menggambarkan keperitan hidup kita dicengkam oleh pihak lain, dan tekanan untuk sentiasa akur pada aturan sosial. Sebuah konsep yang dibentuk oleh kita sendiri mengenai daya penentangan yang sentiasa menggelegak di antara kita dan mereka, dan ia boleh meledak pada bila-bila masa. Ada yang mengatakan bahawa ambillah jalan tengah yang disepakati ramai, kerana ia adalah jalan yang terbaik. Mereka melihat dunia melalui lensa berwarna kelabu, tetapi dunia sebenarnya diasingkan dan dipisahkan dengan warna hitam dan putih. Tidak ada jalan tengah apabila kita berhadapan dengan kekuasaan; sama ada anda mempunyainya atau tidak. Anda adalah penguasa yang paling berkuasa di tangga teratas, atau anda adalah kuli yang hina dan dibenci di tangga terbawah.

Pengiktirafan darjat, kelas sosial dan pemilikan harta benda seseorang, pemahaman bahawa beban tersebut ada di atas bahu kita semua. Interaksi harian kita digariskan oleh ketegangan ini, begitu juga tindak balas dan reaksi dari para kuli. Konfrontasi di setiap sudut jalan mengelilingi kita, dan menguasai kewujudan kita kerana itulah kehidupan; Ketegangan yang berterusan, dan rasa lemah yang berpanjangan.

Tetapi di sebalik pengiktirafan ini, kita mendapati bahawa terdapat perbezaan di antara ketegangan, dengan ketegangan anarkis. Para kuli dan pekerja-pekerja biasa memahami hubungan dan perbezaan di antara kedua perkara ini tetapi tetap menerimanya dengan tangan yang terbuka. Membuka pintu kepada tetamu yang tidak diundang kerana takut akan penindasan dan kegagalan. Bersemangat untuk mengambil hati raksasa-raksasa kejam, sambil ia mentertawakan kita. Menjual anak mereka kepada manusia bertopengkan syaitan untuk dikorbankan supaya suatu hari nanti, anak mereka juga akan menjadi pekerja dan dikerah tenaganya seperti mereka. Untuk menjadi hamba abdi yang akan membawa pulang perarakan maut ke sebuah dunia yang mereput, hancur dan musnah, dengan apa yang dipanggil sebagai ‘flora dan fauna’ atau ‘alam semula jadi’ hanyalah tinggal bayangan yang samar-samar. Inilah dia, rakan-rakan seperjuangan semua, apa yang memisahkan di antara ketegangan, dengan ketegangan anarkis.

Ketegangan anarkis tidak didefinisikan dengan hubungan yang merosakkan dan zalim di antara para pekerja dan bos, melainkan didefinisikan dengan peluru yang dibenamkan ke dalam kepala bos ketika para pekerja lari dengan tergesa-gesa ke rumah perlindungan yang terdekat. Ketegangan anarkis didefinisikan bukan dengan ‘periksa kembali hak istimewa anda’, tetapi dengan sebuah penumbuk yang dihayunkan ke muka mamat yang menjengkelkan dan kurang ajar kerana mengejek seorang individu sebagai ‘pondan’. Ketegangan anarkis tidak didefinisikan oleh rasa tidak senang terhadap sikap yang menyerah tetapi penolakan dan terhadap penyerahan yang diharapkan. Anarkis tidak berhenti selepas berkata “Jangan!” kerana mereka akan terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

II

Seperti ketegangan, terdapat perbezaan di antara reaksi melawan kekuasaan, dengan reaksi anarkis terhadap kekuasaan. Bagi orang ramai, reaksi hanyalah meluahkan rasa tidak senang terhadap penindasan yang berlaku. Aduan dan umpatan di kalangan rakan sekerja terhadap bagaimana seorang bos yang menindas pekerja memuji-muji diri mereka sendiri sebagai manusia yang paling baik hati di atas muka bumi ini. Sekumpulan pengunjung kelab malam melepak di dalam tandas, membahan dan mengejek mamat penjaga kelab yang cuba untuk memikat mereka dengan cara yang paling mengarut.

Reaksi tersebut hanyalah sebagai suatu ‘kelegaan’ ke atas rasa ketegangan itu – di mana mereka tidak berhadapan dengannya secara terus dengan kekuasaan yang mereka ada, tetapi sebaliknya mengalihkan kemarahan tersebut ke dalam ‘keluhan-keluhan kecil’ untuk memendamnya, supaya mereka boleh meneruskan kehidupan mereka yang menyedihkan dan penuh dengan penindasan itu.

Reaksi Anarkis

Contoh yang lebih moden dan dekat dengan semua orang adalah menandatangani petisyen. Laman web seperti Change.org, atau Petitions.net menyediakan akses untuk menghasilkan sebuah petisyen semudah ABC, kemudian anda akan berusaha untuk menularkannya dalam masa beberapa minggu, sambil mengumpulkan khabar angin (boleh jadi fitnah atau gosip yang tidak ada asas) serta penyokong sebanyak yang mungkin. Kemudian, apabila semua usaha serta kempen untuk mengumpul tandatangan telah dilakukan, petisyen tersebut serta segala usaha disebaliknya akan hilang dan lenyap sehinggalah wujud petisyen yang baharu, atau ketika munculnya gerakan sosial baru untuk dtunggang oleh semua orang. Ia akan sentiasa bergerak, kemudian akan berehat dan mengambil jeda sebentar, dan akan kembali ‘membeli’ gerak kerja kerana anda sentiasa menyerahkan segalanya terhadap apa yang anda percaya.

Contoh moden yang lain adalah peranan laman-laman artikel dan portal-portal berita yang berpendapat bahawa ‘keadilan sosial’ sebagai sebuah konsep yang bermakna seperti Huffington Post, atau Jezebel, atau bahkan Black Girl Dangerous. Menyiarkan artikel demi artikel berdasarkan isu-isu sosial terbaharu yang hangat mempengaruhi masyarakat moden dan seluruh penduduknya. Namun, sama seperti petisyen, ia hanyalah sebuah usaha kecil yang tak ubah seperti ‘keluhan’ – hanya menyatakan rasa untuk melawan dan menentang, tetapi tidak pernah menjadikannya sebagai kenyataan di luar media sosial. Juga harus dinyatakan di sini bahawa semua laman web ini menampilkan iklan-iklan, yang menjana pendapatan untuk pemilik media ini. ‘Keluhan’ ini bukan sahaja tidak berguna, malah dikomersialkan! Bosan dengan isu perkauman dan konsep ketuanan orang berkulit putih? Baca artikel ini dan oh, salurkan juga wang kepada kami berdasarkan kemarahan dan kekecewaan anda!

Gabungan kepada kedua-kedua ‘keluhan tidak berguna’ di atas adalah apa yang digelar sebagai ‘PowerPoint Activism’, trend yang kian popular di laman Instagram dan Twitter sekarang. Sama seperti petisyen dan artikel di portal berita, ia merumuskan isu-isu sosial kepada beberapa titik perbincangan penting dan infografik yang ringkas – kemudian menyusunnya menjadi paparan seni reka grafik dengan warna-warna yang terang dan cantik serta dipenuhi dengan ayat seperti “Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kemiskinan Luar Bandar” atau “5 Cara Untuk Menghubungi Ahli Parlimen Anda Tentang Penebangan Hutan Simpan” untuk menarik perhatian orang ramai supaya mereka boleh kongsikannya di akaun peribadi masing-masing. Trend ini menjadi terkenal dan cepat tular kerana ia mudah disebarkan – semudah menekan butang ‘Kongsi’, padahal ia adalah satu bentuk aktivisme yang malas. Dan sama juga seperti kedua-kedua keluhan di atas, kebiasaannya ia akan berakhir dengan seruan aksi yang langsung tidak berkesan.[1]

Dan di sinilah reaksi anarkis menyimpang dari reaksi yang ringkas dan sederhana. Sebagai anarkis, kita mengambil sesuatu perkara lebih jauh. Kita adalah individu yang radikal, pemberontak, ikonoklastik, nihilistik yang satu-satunya tujuan hidup adalah untuk menghancurkan apa yang menghancurkan kita. Kapitalisme, Ketuanan Bangsa, Patriarki, semua alat dominasi yang bertujuan untuk mengawal kita, yang mengharapkan kita sentiasa tunduk dan patuh. Ia tidak akan dipenuhi dengan pengisytiharan penentangan yang ringkas dan sederhana, tetapi dengan tindakan aksi langsung yang pantas dan tegas, yang bukan sahaja hanya mengisytiharkan perang, tetapi juga akan mengejutkan mereka yang berkuasa. Dari aksi memecahkan tingkap yang ringkat sehinggalah ke penanaman bom atau rompakan bank, tindakan dan aksi kita didengari dan dirasakan berbanding diabaikan begitu sahaja atau dianggap sebagai perkara biasa dalam kehidupan seharian.

Sebagai anarkis, reaksi kita bukan sekadar mengeluh dan memendamnya tetapi kita juga perlu ada kemarahan dan keberangan yang berterusan dan konsisten terhadap masyarakat ini. Kemarahan kita tidak berpusat dan tertumpu pada aparat-aparat tertentu secara spesifik, tetapi kita menentang mereka semua secara keseluruhan. Kemarahan kita tidak dapat diketepikan, tetapi ditentang dengan penindasan yang keras. Serangan dari FBI atau agensi-agensi kerajaan lain, hukuman penjara yang panjang, penyusupan ejen-ejen negara dan pihak berkuasa ke dalam kelompok kita. Terlalu banyak sumber daya dan tenaga ditempatkan terhadap kita untuk membungkam kerana aksi reaksi kita, bukan kerana pendirian kita. Sesiapa sahaja boleh menyatakan bahawa mereka menentang polis, tetapi itu hanyalah sekadar reaksi semata-mata. Kita tidak hanya menyatakannya, malah kita bertindak dengan menghancurkan jentera-jentera negara dan membakar pejabat mereka; kerana ini adalah reaksi anarkis.

Mengapa Perlunya Kita Melakukan Aksi Memecahkan Tingkap?

Akhirnya, balik ke titik asal perbincangan zine kecil ini; mengapa kita memecahkan tingkap? Seperti yang dinyatakan pada awal perbincangan, soalan ini mempunyai jawapan yang amat ringkas, yang tidak memerlukan keseluruhan halaman untuk menjelaskan atau mewajarkannya. Memecahkan tingkap hanyalah gambaran kecil kepada tindakan lebih besar dan hebat yang dilakukan oleh anarkis lain. Sama ada anda pro-keganasan dan terorisme nihilis, atau jika anda menentangnya, kita semua boleh bersetuju bahawa idea adalah sesuatu yang jauh lebih besar dan hebat daripada sekadar memecahkan tingkap. Namun, sebagai anarkis, menjadi besar dan hebat bukanlah titik asal kemarahan kita. Sama ada kita membina rangkaian jaringan solidariti untuk membantu rakan-rakan kita menentang kawalan dan penderaan dengan menggunakan taktik-taktik yang licik, atau jika kita merompak bank untuk membiayai aktiviti-aktiviti revolusi kita – kita semua menyumbang kepada sebuah idea yang ringkas bahawa kita adalah pencipta kepada pengalaman kita sendiri. Bukan masyarakat, bukan kapitalisme, bukan sistem kawalan yang dibina secara sosial seperti bangsa atau darjat. Dengan cara kita sendiri, kita semua melawan kembali dan yang penting, bukan sahaja secara taktik, tetapi juga secara emosi untuk menyokong dan menyatakan solidariti dengan aksi-aksi penentangan dan perlawanan. Kita boleh mengkritik, kerana itulah apa yang kita lakukan, tetapi kita juga dapat menerima dengan hati yang terbuka dan memuji aksi orang lain.

Jadi daripada menjelaskan atau mewajarkan tindakan memecahkan tingkap, lebih baik kita mengambil jalan yang lebih berisiko dan cuba untuk meyakinkan anda mengapa anda harus memecahkan tingkap sekiranya anda berpeluang untuk melakukannya.

Aksi memecahkan tingkap, sama seperti aksi-aksi perlawanan yang lain, adalah sangat menarik dan menyeronokkan sama seperti ia juga berisiko tinggi. Merasakan adrenalin mengalir apabila anda berlari menghala ke sebuah tingkap dan memecahkannya dengan batang bendera adalah satu pengalaman yang tidak selalu kita semua pernah atau biasa alami. Perasaan ketika menjerit “FUCK OFF!” atau “PERGI MAMPUS!” kepada polis tidak boleh dibandingkan dengan perasaan apabila kita memecahkan tingkap kereta perondanya! Menyembur grafiti dengan tulisan “PEMAJU SIAL!” atau “GENTRIFIKASI PERGI MATI!” pada dinding kafe hipster yang baru dibina tidak boleh dibandingkan dengan ketika kita memecahkan tingkap kafe tersebut semasa rusuhan atau aksi serangan yang kecil dan ringkas bersama rakan-rakan seperjuangan! Memecahkan tingkap adalah aksi serangan yang paling hebat dan menaikkan ketegangan yang sedia ada, dan anda boleh melakukannya tanpa menghadapi tindakan undang-undang yang lebih berat. Memecahkan tingkap juga sangat mudah untuk dilakukan.

Seorang anarkis yang bijaksana pernah mengatakan dalam tulisan puitisnya, bahawa kebebasan bukanlah tujuan yang dapat dicapai, melainkan ia adalah pengalaman hidup, yang kita rasakan apabila kita menyertai gerakan bawah tanah yang sulit dan rahsia serta membalas keganasan sistem dan negara.

Menyembur grafiti dengan slogan perlawanan akan membuat anda rasa bebas, memecahkan tingkap akan membuat anda rasa bebas, menjerit “FUCK THE POLICE!” beramai-ramai juga akan membuat anda rasa bebas. Ia merupakan perbuatan dan aksi ringkas tanpa makna, kecuali apabila makna kepada aksi-aksi tersebut datang dengan reaksi anarkis dan ketegangan anarkis.

Menghancurkan tingkap juga adalah aksi yang sangat terkenal, dan adalah pewujudan propaganda dengan perbuatan yang amat berkesan. Saya tidak akan menulis tulisan ini jika bukan kerana seorang anarkis yang memecahkan tingkap di hadapan saya. Aksi tersebut nampak seperti amat menarik dan menyeronokkan sekali! Saya juga sering terdengar laungan “Anarki sekarang!” jadi saya pun terus membuat carian di Google: Adakah aksi memecahkan tingkap akan memberi inspirasi kepada semua orang? Sudah tentu sekali tidak! Tetapi, ia akan memberi inspirasi kepada seseorang.

Akhir sekali, mengapa tidak? Memecahkan tingkap secara umumnya atau sebahagian besarnya berlaku pada 3 situasi: Semasa rusuhan, demonstrasi jalanan, atau ketika aksi langsung pada waktu malam yang dilakukan bersama rakan-rakan seperjuangan. Secara alternatifnya atau yang paling kerap terjadi, aksi tersebut berlaku apabila ketiga-tiga situasi di atas digabungkan. Dalam semua situasi di atas, anda akan hadir kerana anda seorang anarkis, jadi lakukannya sebagai satu reaksi anarkis! Tukarkan laungan slogan yang membosankan dan membantutkan revolusi itu kepada sebuah tuntutan kebebasan, alami sendiri apa itu kebebasan yang sebenar, dan rasai apa ertinya untuk menentang dan melawan kembali sebagai seorang individu, rampas kembali kekuasaan untuk diri anda sendiri, dan lemparkan batu yang berada di tangan anda!

III

Ia Tidak Akan Mengubah Dunia, Tetapi Ia Akan Mengubah Malam Anda!

Hujah yang biasa didengari apabila kita bercakap tentang aksi memecahkan tingkap – satu-satunya hujah yang memang patut dibincangkan, adalah aksi tersebut tidak memberikan apa-apa impak untuk memajukan ‘gerakan anarkis’ dan ‘ia hanya akan membuatkan orang lain membenci anarkis!’.

Mari kita lihat beberapa bentuk lain di mana hujah ini digunakan:

  1. Aksi tersebut boleh, dan tidak boleh mengubah sesuatu. Tiada siapa akan berhujah bahawa memecahkan tingkap akan mencetuskan sebuah revolusi global yang besar-besaran di mana para pekerja di seluruh dunia akan merampas kembali alat produksi dan akan memansuhkan negara, tiada siapa pun yang berhujah sedemikian, kerana itu bukanlah maksud sebenar di sebalik aksi memecahkan tingkap. Memecahkan tingkap hanyalah penzahiran perasaan individu – sebuah reaksi anarkis. Memecahkan tingkap juga memisahkan rusuhan dengan apa yang dipanggil sebagai ‘pertunjukkan kaum kiri’; iaitu demonstrasi jalanan. Laungan yang membosankan, pemimpin yang membosankan memberi ucapan ceramah yang membosankan, perarakan yang membosankan dalam bulatan atau dari satu titik ke satu titik yang lain di tengah panas terik, tidak membuat apa-apa selain dari memegang kain rentang atau sepanduk yang membosankan. Semua perkara di atas membosankan sehinggalah, anda terdengar ada bunyi kaca tingkap yang pecah. Tong sampah dilemparkan ke jalan dan dibakar, objek dilempar ke arah polis. Nada dan aura perlawanan serta kemarahan yang memuncak bertukar menjadi detik paling menarik dalam hidup anda yang membosankan. Memecahkan tingkap bukanlah pilihan logistik yang paling strategic untuk memajukan sesebuah gerakan, tetapi ia adalah pilihan individu untuk bertindak balas dan melawan kembali supaya mereka akhirnya boleh merasai secebis kebebasan.

  2. Memecahkan tingkap tidak menyakiti atau mengancam para pekerja, dan sekiranya ia memberi kesan kepada mereka, bukankah syarikat perniagaan tersebut memang patut dihancurkan dan dibakar? Hujah yang biasa dikemukakan adalah apabila anda memecahkan tingkap, pekerja syarikat tersebut yang perlu membayar harganya dengan gaji mereka. Ini hanya separuh benar, kerana memang pekerja yang perlu membayar kerugian atas apa sahaja yang terjadi – sama ada dilakukan oleh seseorang atau syarikat itu sendiri, kerana mereka adalah pekerja. Sekiranya petugas kebersihan perlu mengemas tingkap yang pecah, bukankah itu memang sebahagian dari tugas mereka? Pekerja didefinisikan dengan jenis kerja dan tugas yang mereka galas di sesebuah syarikat, dan hal itu sendiri adalah satu hubungan yang merosakkan di mana para anarkis amat menentangnya. Jadi mengapa kita berpura-pura kita menyelamatkan mereka apabila kita memilih untuk tidak / menghentikan seseorang dari memecahkan tingkap? Satu-satunya pekerja yang anda lindungi adalah diri anda sendiri apabila anda berasa senang hati terhadap sesuatu yang anda lakukan dan berpura-pura seperti anda adalah seorang penyelamat. Hentikan semua ini, wahai anarkis! Akhir sekali, katakanlah gaji pekerja tersebut dipotong kerana tingkap tempat mereka bekerja dipecahkan, apa kata kita mengatur dan mengelola jaringan solidariti supaya pekerja tersebut mendapat pampasan yang menjadi hak mereka? Kita perlu membantu mereka dari pelbagai sudut, bukannya menghalang sesuatu aksi tindakan dari berlaku demi menjaga air muka serta imej yang baik.

  3. Pada akhirnya, ia bukan tentang menjaga imej yang baik. Kita bukannya ahli politik, kita tidak sepatutnya peduli tentang kelihatan kemas, baik, tertib, dan dihormati. Kita adalah anarkis! Kita memberitahu dengan jelas, bahawa dengan nama dan label ‘anarkis’ itu sahaja, kita menentang semua perkara yang masyarakat percaya. Adakah anda masih hairan mengapa mereka menghina kita? Seolah-olah mogok yang dianjurkan oleh kesatuan kerja anda lebih digemari ramai, tidak seperti anak muda yang merusuh. Kedua-dua aksi dipaparkan sebagai sampah masyarakat yang menyusahkan orang ramai, merosakkan tonggak utama kepercayaan masyarakat setempat. Mengapa begitu? Kerana sama ada orang ramai akan menyukai kita, atau sebaliknya. Memperlakukan diri kita seperti anjing peliharaan, memastikan kesemua bulu dipotong rapi, gebu dan lembut, tidak akan mengubah apa-apa perkara pun kerana pada akhirnya, kita hanyalah anjing suruhan yang mana tujuan kita hidup di atas muka bumi ini adalah untuk mengumpulkan wang bagi para ‘tuan’ kita.

Adakah ia sah untuk tidak mengambil bahagian atau bersetuju secara peribadi tentang aksi memecahkan tingkap? Sudah tentu sekali, tetapi untuk menghalang, menghina dan mengganggu mereka yang mahu melakukannya? Seolah-olah kewujudan anda lebih relevan, suara anda perlu didengar oleh semua orang, dan kemarahan orang lain tidak sah di mata anda?

Apa Sahaja Yang Anda Lakukan, Pandai-Pandailah Jaga Diri

Ketakutan terhadap penindasan adalah musuh terbesar negara, jadi bagaimana kita sebagai anarkis memerangi hal ini? Mudah sahaja. JANGAN JADI BODOH. Menjaga diri anda apabila melakukan aksi memecahkan tingkap adalah sangat mudah, jadi berikut adalah beberapa panduan untuk anda.

  1. Pakai sarung tangan. Rancangan dan siri TV adalah karya fiksyen. Mereka tidak boleh mendapatkan cap jari anda dari aplikasi telefon bimbit. Cap jari, dalam kehidupan realiti, sebenarnya adalah susah untuk diperolehi, walau bagaimanapun anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Amat jelas sekali sekiranya anda mengelak untuk mendedahkan cap jari anda apabila anda sudah ada di dalam sistem pangkalan data pihak berkuasa kerana anda pernah ditahan sebelum ini, tetapi jika anda belum pernah ditahan dan rekod mengenai anda tidak wujud dalam simpanan polis, peringatan ini adalah sesuatu yang perlu anda ingati sampai mati. Negara dan pihak berkuasa mengenali corak, pola dan perangai sasaran mereka dengan sangat baik. Sekiranya beberapa cap jari yang sama muncul berulang kali, ia bukan sahaja direkodkan ke dalam pangkalan data mereka, malah ia juga akan dikaitkan bersama dengan beberapa aksi lain yang sedang mereka siasat. Sekiranya anda ditahan, telah ada bukti terhadap anda. Bagaimana untuk mengelak hal ini dari terjadi? PAKAI SARUNG TANGAN. Apa-apa sarung tangan pun boleh. Anda boleh membeli sarung tangan hitam di kedai serbaneka, atau di mana sahaja asalkan murah. Malah, sarung tangan kebun juga boleh menyembunyikan cap jari anda. Akhir sekali, untuk langkah tambahan, pakai sarung tangan getah di bawah sarung tangan utama anda.

  2. Kamera ada di mana-mana sahaja, sembunyikan wajah anda. Bahagian mata dan dahi, serta rambut seseorang individu bukan sahaja ciri-ciri wajah yang paling senang dikenali, malah apabila ia digabungkan bersama, ia akan membuatkan kerajaan dan pihak berkuasa berteriak “Kantoi!” pada anda. Sangat mudah untuk menyembunyikan semua ini. PAKAI PAKAIAN SERBA HITAM DAN AMALKAN FESYEN BLACK BLOC. Panduan ringkas ada di mana-mana, dan jika rasa anda gugup atau gementar dengan pengawasan dan pengintipan kerajaan, Google sahaja: “Bagaimana untuk kelihatan seperti seorang ninja”.

  3. Tiada masa yang lebih baik untuk bertindak berbanding sekarang, tetapi utamakanlah keselamatan anda terlebih dahulu. Adalah penting untuk beraksi dan bertindak balas, sama pentingnya untuk tidak melakukan aksi tersebut di hadapan pihak polis, atau di pada ketika keadaan sedang tenang dengan kehadiran ‘polis damai’ atau ‘penyelia protes’. Ada yang akan berhujah sebaliknya; buatlah sesuka hati pada bila-bila masa yang anda suka, dan saya bersetuju sepenuhnya dengan pendirian ini, tetapi saya adalah diri saya sendiri, dan mereka adalah diri mereka. Adakah anda bersedia dan sanggup untuk ditahan dalam lokap dengan jangka masa yang amat panjang? Tidak mengapa jika anda tidak sanggup, tetapi jagalah diri anda dengan baik dan ingatlah bahawa anda boleh ditangkap pada bila-bila masa.

  4. Jangan berlagak. Jaga mulut anda. Aksi memecahkan tingkap adalah satu perkara yang amat mengagumkan, menghiburkan, mengasyikkan, menyeronokkan, dan sesuatu yang anda benar-benar mahu kongsikan dengan orang lain tetapi tolonglah, tolong jaga mulu anda kerana ia akan membuatkan anda ditangkap oleh pihak berkuasa. Sebagai penutup, memecahkan tingkap adalah menyeronokkan tetapi seperti semua aksi perlawanan – ia juga datang dengan bahaya dan risiko yang tersendiri. Saya secara peribadinya akan berhujah bahawa anda tidak perlu risau sekiranya anda ditangkap, kerana anda boleh membawa kemarahan anda ke dalam penjara dan seterusnya. Walau bagaimanapun, saya adalah bertanggungjawab terhadap diri saya sendiri. Kita adalah anarkis, bukannya Marxis. Anda membuat keputusan sendiri. Adakah anda mahu terlepas dari pertuduhan melakukan aksi tersebut, atau anda tidak peduli? Mana-mana pilihan yang anda ambil pun tidak akan menentukan seberapa anarkisnya anda, namun ia menentukan siapa diri anda dan apa yang penting bagi anda dan kedua-duanya juga tidak apa. Memecahkan tingkap tidak akan mengubah dunia, dan juga tidak akan memberikan inspirasi kepada ribuan pemecah tingkap yang akan muncul selepas anda. Ia akan membuatkan anda merasa secebis kebebasan dan memberikan anda sebuah memori yang bernilai untuk anda simpan agar anda tetap terinspirasi dan marah. Ia akan memberikan anda pengalaman, pengetahuan, dan keterujaan. Ia akan memberikan anda sesuatu yang boleh dibanggakan dan rasa gembira di sebalik kemurungan berterusan yang kita semua hadapi di dunia yang menyedihkan dan penuh dengan celaka ini.

Jadi, apabila anda ditanya mengapa kita memecahkan tingkap, jawab kembali persoalan itu dengan…

MENGAPA TIDAK?

Nota penterjemah

Armeanio Lewis, penulis asal zine Why Break Windows ini telah dibunuh oleh para fasis di Portland pada tahun 2019.

Selepas kecewa dan marah dengan ketidakpedulian pihak berkuasa Portland yang lambat bertindak untuk menyiasat kes pembunuhan anaknya, ibu Armeanio mendedahkan sendiri nama suspek di laman Facebooknya.

Beberapa malam selepas pembunuhan Armeanio, kelompok anarkis di Portland yang juga merupakan rakan-rakan seperjuangannya menganjurkan beberapa aksi rusuhan untuk membalas dendam, dan memecahkan tingkap bagi menghormati nama beliau.

Mereka boleh membunuhnya, tetapi Armeanio hidup selamanya di dalam diri kita semua.

Pecahkanlah tingkap dan dedikasikannya ke atas nama beliau, hari ini.

[1] Ketika artikel asal ditulis pada tahun 2017, trend aktivisme seperti yang dinyatakan pada perenggan tersebut masih belum wujud atau belum popular. Penterjemah merasakan hal ini penting untuk dimasukkan sekali ke dalam tulisan ini kerana trend tersebut semakin menjadi-jadi dan dirampas oleh golongan liberal, yang akhirnya melahirkan kelompok aktivis ‘pemalas’ yang tidak mahu melakukan gerak kerja selanjutnya. Seruan tindakan mereka juga tidak boleh keluar dari kerangka menandatangi petisyen, mengundi, dan menulis surat kepada ahli-ahli politik. Mereka merasakan bahawa kerja-kerja aktivisme mereka untuk hari ini telah selesai apabila mereka menekan butang ‘Kongsi’ di skrin telefon pintar mereka.