Title: Temuramah bersama Starbucks Workers Syndicate, dari Industrial Workers of the World (IWW)
Subtitle: Starbucks Workers Syndicate (IU-660)
Author: Bidas
Language: Bahasa Melayu
Publication: Risalah Bidas
Date: 13/0/2012
b-t-bidas-temuramah-bersama-starbucks-workers-synd-1.jpg

Pada awal 2011 Baristas telah memberi tekanan kepada Starbucks Corp. untuk melaksanakan kehendak 200 pekerja-pekerja yang datang dari kesatuan di Chile yang telah mogok lebih daripada dua minggu. Pekerja-pekerja tersebut adalah daripada IWW Starbucks Workers’ Union memulakan “minggu aksi global” bermula Isnin sebagai tanda solidariti kepada rakan sekerja di Chile yang telah berpiket di hadapan Starbucks di Bandaraya New York. Berikut merupakan sedikit temubual bersama salah seorang penganjur IWW.


Boleh ceritakan sedikit mengenai diri kamu dan bagaimana kamu menyertai IWW?

Saya menjadi Starbucks Barista pada 2007 kerana pekerjaan saya di kedai lain tidak membayar saya dengan cukup. Saya cuba beberapa kedai dan syarikat lain tetapi mengikut pengetahuan saya Starbucks mempunyai reputasi yang baik dalam menjaga para pekerjanya. Apabila saya mula bekerja, saya dapati ianya salah. Saya telah dimaki hamun oleh shift supervisor dan saya hanya dibayar $7.60 sejam. Kami juga merupakan kedai yang amat sibuk sekali di Mall of America dan selalunya ketika waktu puncak, kita kekurangan staf dan juga sudah banyak kali kami diarah pulang apabila hasil penjualan tidak mencecah target. Ini membuatkan kita dibayar sedikit kerana kurang jam bekerja. Apabila seorang rakan sekerja meminta saya bertemunya selepas waktu kerja, saya rasa serba salah, tetapi saya tetap menyertainya untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Pada ketika itu, bukan saya sahaja yang tidak berpuas hati, rupanya Barista yang lain pun sama. Kebanyakkan kami begitu miskin dengan hanya makan sandwich lama yang telah ‘mark outs’. Ini kerana kita tidak mempunyai wang yang cukup dan tips yang kami dapat di gedung tersebut amatlah sedikit. Selepas itu, salah seorang daripada rakan sekerja telah menjadi target untuk dipecat. Saya pada mulanya masih lagi di atas pagar sama ada mahu menyertai ataupun tidak dan pada ketika itu, penggunaan perkataan union atau kesatuan membuat saya rasa kurang selesa. Tetapi apabila mereka memecat rakan sekerja saya, saya mula rasa bengang. Mereka menggunakan alasan yang pekerja tersebut dipecat kerana dia “membincangkan soal tindakan disiplin bersama rakan sekerja lain” dan ini merupakan pencabulan terhadap hak kami untuk bersatu. Ini dengan jelas satu tindakan yang tidak adil dan saya terus tidak berada di atas pagar dan dengan segera kami umum kepada semua yang ini adalah kesatuan stor pertama di Minnesota.


Starbucks terkenal dengan reputasinya yang menggunakan taktik agresif. Contohnya menghancurkan kesatuan dan memenuhi banyak area dengan stor-stornya. Boleh kamu berikan sedikit gambaran mengenai kejadian dan pertelingkahan yang telah menubuh dan membentuk IWW Starbucks Workers Union?

Starbucks Workers Union bermula di Bandaraya New York dan mula merebak ke bandar-bandar lain seperti Chicago dan Grand Rapids, Michigan. Barista New York mempunyai masalah tersendiri melibatkan kehidupan bandar yang sibuk, sesak dan semuanya begitu mahal. Salah satu permintaan mereka adalah mengenai gaji. Mereka gagal mendapatkan gaji mengikut standard Bandaraya New York, akan tetapi, permintaan mereka telah menyebabkan Starbucks terpaksa menaikan gaji mereka sebanyak $1 untuk sejam. Ada terdapat banyak isu yang harus dibangkitkan tetapi di sini saya tidak akan menceritakan ke semuanya. Tetapi saya boleh ceritakan mengapa kita bersatu (organize) di stor-stor kami.

  1. Pemecatan tidak adil seperti FW Erik Forman yang dipecat kerana “membincangkan soal tindakan disiplin bersama rakan sekerja lain.” Pekerja-pekerja lain yang masih ragu-ragu untuk menyertai kesatuan kebiasaannya akan dipecat atas kesalahan kecil seperti lambat tiba di tempat kerja dan ia membuat kami kurang berdaya untuk membantu mereka kerana mereka tidak mempunyai pelindungan guaman, tidak seperti apa yang diperolehi oleh ahli-ahli kesatuan.

  2. Kondisi kerja yang tidak selamat. Di gedung kami bekerja, kami tidak mempunyai sistem hawa dingin. Pengurus kami memberitahu yang dia tidak dapat menyediakan kipas seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang. Jadi kami terpaksa merana dalam kondisi seperti ini selama satu tahun setengah hingga kami terpaksa mengambil aksi langsung dengan keluar daripada stor dan membeli kipas sendiri. Keesokkan harinya, bos-bos membeli kipas industri yang berharga $300+ untuk kami, kemungkinan bagi mengelak aksi langsung seterusnya terjadi.

  3. Gaji kecil. Kami telah mencongak yang di Twin Cities, gaji yang setimpal adalah lebih kurang $13 untuk sejam. Dengan hanya gaji sebanyak $7.60, kami terpaksa bekerja lebih masa supaya kami mampu hidup dengan keperluan asas.


Sebarang tambahan untuk pembaca atau mengenai perjuangan barista?

Starbucks telah merancang untuk menghancurkan kesatuan sekerja daripada wujud. Ini bermakna mereka tidak pernah cuba memahami taktik-taktik anarko-sindikalis dan solidariti kesatuan – dan oleh kerana ketiadaan kepala atau peneraju yang mereka boleh mereka hapuskan untuk melumpuhkan pergerakkan kesatuan. Kami semua adalah kepala. Satu lagi cabaran besar adalah kerana pekerjaan runcit adalah pekerjaan bergaji kecil dan mempunyai kadar pertukaran kerja yang tinggi. Ianya agak sukar kerana proses pekerja menukar kerja atau menyambung belajar amatlah tinggi.

Jangan berada di atas pagar! Menyertai kesatuan sekerja adalah antara keputusan terbaik pernah saya ambil. Walaupun saya sudah tidak bekerja dengan Starbucks, saya masih menyertai kempen-kempen dan membawa keahlian IWW ke mana sahaja. Harus diingat, apabila kamu berjuang, kamu telah mendapat solidariti bukan sahaja di kawasan kamu, tetapi di serata dunia.


Hubungi: