Mustajab
Bagaimana Untuk Mengintip Para Pengintip?
Dari teori kepada penciptaan alat, teknologi sedikit sebanyak membantu manusia untuk capai sesuatu yang disangkakan mustahil. Ada yang berpendapat bahawa teknologi adalah sesuatu yang politikal. Penciptaan, pemahaman serta penggunaannya adalah berdasarkan kehendak atau kemahuan dari pemegang atau pengguna teknologi tersebut.
Sedang ada di antara kita yang tidak sabar untuk menggunakan gajet terkini dengan teknologi 5G, kita masih tidak selesaikan isu capaian rangkaian yang percuma dan mudah akses untuk semua orang. Selain itu, naratif utopia dan distopia mengenai teknologi ini masih tidak jelas untuk dikaitkan dengan kehidupan sebenar dalam menggunakan ia sebagai sebuah perkhidmatan.
Penggunaan teknologi walaupun ia di bawah payung yang sama mempunyai implimentasi yang berbeza bergantung dengan piawaian yang digunakan dalam sesebuah negara atau kolektif negara-negara (seperti Kesatuan Eropah atau Federasi Rusia). Setiap negara mempunyai undang-undang yang tersendiri dalam mencipta piawaian penggunaan teknologi dalam kawasan tersebut.
Sebagai contoh, wujud frekuensi radio yang hanya boleh digunakan oleh tentera atau polis untuk tujuan komunikasi. Frekuensi radio ini juga digunakan untuk penggunaan talian kecemasan. Selain itu, ada negara yang wujudkan undang-undang penggunaan teknologi untuk mencegah gangguan seksual melalui fungsi kamera, contohnya seperti di negara Jepun. Undang-undang tersebut mewajibkan setiap tangkapan gambar perlu mengeluarkan bunyi operasi biarpun alat tersebut dalam mod senyap. Di Malaysia pula, terdapat Akta Perlindungan Data Peribadi yang mewajibkan setiap pengguna perkhidmatan telekomunikasi perlu berdaftar mengikut nama rasmi di kad pengenalan atau pasport.
Sejak kebelakangan ini, banyak perbincangan mengenai data dan akses teknologi dalam sesebuah negara yang demokratik. Tersebar juga laporan-laporan mengenai taktik kotor yang dilakukan oleh pemerintah dalam memastikan kelangsungan jawatan ketika waktu pilihan raya. Pemotongan Internet dan halangan akses laman sesawang atau platform merupakan antara taktik yang dilakukan oleh pemerintah negara yang menggunakan kuasa mereka sebagai pengawal kepada teknologi yang digunakan untuk negara tersebut. Bagi rakyat yang mempunyai akses, mereka akan mencari peluang untuk mendapatkan capaian akses dan kemudian menyebarkan untuk kegunaan orang ramai. Ini termasuk mendapatkan komunikasi melalui negara jiran atau menggodam teknologi yang sedia ada.
Bagi yang menetap dalam sebuah negara yang tidak demokratik, akses teknologi yang bebas adalah sebuah mimpi. Akses yang mereka terima sering diselit dengan propaganda negara, capaian mereka terhad oleh kerana undang-undang dan penggunaan teknologi tersebut mungkin dipantau oleh pihak penguasa. Namun, wujud kumpulan-kumpulan yang mencari jalan untuk mengelak dari dipantau agar dapat mencapai akses yang menyeluruh. Biarpun akses itu tidak sempurna dari segi prestasi, ia menjadi antara batu asas untuk mereka gunakan sebagai perlawanan di bawah sebuah kuasa pemerintahan yang ketat. Semakin berkembang teknologi-teknologi yang ada, sebegitu juga dengan teknologi-teknologi negara untuk mengawal akses dan penggunaannya dalam kalangan rakyat. Usaha dan gerak kerja kumpulan-kumpulan ini sudah lama wujud namun mereka masih kekurangan taktik teknologi yang radikal untuk melawan negara.
Melalui sudut hak pemilikan dan perkongsian data yang sering berlaku bagi sesiapa yang menggunakan media sosial, Kami berpendapat perlu wujud usaha bersama yang terbuka untuk pemetaan hubungan bagi individu-individu atau pihak yang menjalinkan hubungan atau melakukan tindakan bagi pihak berkuasa atau negara. Usaha bersama ini penting dalam penyumbangan dan kesahihan untuk membina pengkalan data peta hubungan ini. Platform ini perlu terbuka dan mudah akses untuk semua, membuka ruang untuk perkongsian dan diadaptasi untuk platform yang pelbagai. Melalui penggunaan teknologi sumber terbuka, setiap pembaharuan sistem boleh dipantau, dilakukan secara awam dan juga mengekalkan kewujudan sistem itu jika berlaku usaha penutupan akses oleh pihak berkuasa.
Antara data yang akan dimuat dalam sistem termasuklah nama rasmi penuh, pangkat atau peranan dalam sistem negara, alamat tempat tinggal, biodata ahli keluarga, sejarah hubungan dengan pihak berkuasa, pendapatan bulanan dan pemilikan harta. Data ini kemudian akan dikembangkan dengan menghubungkan data-data lain yang mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung. Hubungan secara langsung boleh didefinasikan sebagai yang mempunyai hubungan rapat atau berurusan terus dengan pihak berkuasa. Hubungan secara tidak langsung pula didefinasikan sebagai pihak ketiga dalam urusan pihak berkuasa. Hubungan secara tidak langsung juga boleh diguna pakai untuk sesiapa yang berurusan rapat dengan pihak ketiga dalam menggerakkan kerja pihak berkuasa.
Melalui pemetaan hubungan ini, semua orang mempunyai akses untuk mengatur gerakan masing-masing dalam melakukan aksi melawan pihak berkuasa. Setiap kolektif mungkin mempunyai taktik yang pelbagai dalam melumpuhkan pihak berkuasa dan setiap percubaan juga boleh dimuat naik dalam sistem sebagai maklum balas dalam mengatur strategi yang lebih berkesan atau sesuai dalam perjuangan menghapuskan pihak berkuasa. Pemetaan ini sangat berguna untuk mendapat gambaran jelas mengenai hubungan dan usaha untuk melawan. Setiap penyumbangan data juga boleh memberi pendedahan sepanjang masa untuk sebarang aturan atau pergerakan pihak berkuasa. Sumbangan yang dilakukan secara terbuka pula menjamin kerahsiaan untuk keselamatan si penyumbang.
- Contoh peta hubungan
Secara teknikal, setiap sumbangan data boleh disumbangkan dalam bentuk media yang pelbagai. Data-data ini pula akan disimpan dalam rangkaian yang tidak berpusat. Peta hubungan itu boleh dibentuk oleh sesiapa melalui data-data yang disumbangkan, menggalakkan penciptaan yang pelbagai. Setiap ubah suai adalah tertakluk kepada kolektif atau individu yang menciptakan biarpun setiap data yang wujud boleh diambil dan diguna pakai untuk penciptaan yang baru. Dalam sebuah dunia yang dijajah oleh pihak berkuasa dan pemisahan negara melalui sempadan, sistem pengintipan dan pemetaan hubungan ini adalah salah satu taktik melawan menggunakan teknologi yang sedia ada.
Sesungguhnya pihak berkuasa dan aparat mereka tidak berhak sama sekali ke atas keperibadian dan kerahsiaan data mereka, kerana mereka telah merampasnya terlebih dahulu dari kita.
“Chile, deknonymous!”